Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PKR tidak kemuka nama baru bagi jawatan menteri - Anwar Ibrahim

Ketua Umum PKR Encik Anwar Ibrahim hari ini (14 Nov) berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang permintaan agar mengemukakan nama baharu daripada parti itu bagi tujuan rombakan kabinet.

Anggaran Waktu Membaca:
PKR tidak kemuka nama baru bagi jawatan menteri - Anwar Ibrahim

Gambar fail Anwar Ibrahim semasa wawancara eksklusif bersama Mediacorp.

Diterbitkan : 14 Nov 2018 05:17PM Dikemas Kini : 14 Nov 2018 05:22PM

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Encik Anwar Ibrahim hari ini (14 Nov) berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang permintaan agar mengemukakan nama baharu daripada parti itu bagi tujuan rombakan kabinet.

Encik Anwar yang memenangi jawatan presiden parti tanpa bertanding pada pemilihan PKR yang berakhir baru-baru ini, berkata setakat pemahamannya tiada apa yang berubah.

“Tiada seorang pun dalam PKR memaklumkan kepada saya tentang perubahan atau keperluan menyerahkan nama baharu. Setakat ini tiada perubahan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Anggota Parlimen Port Dickson itu ditanya mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata beliau terbuka kepada cadangan rombakan kabinet dan tidak menolak kemungkinan melakukan perubahan jika PKR ada mencalonkan mana-mana nama.

Sebelum ini kedengaran desas-desus Dr Mahathir akan melakukan rombakan kabinet dalam masa terdekat berikutan kritikan terhadap prestasi beberapa menteri selain menepati percaturan politik susulan keputusan pemilihan PKR baru-baru ini.

Malah sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan berkata parti itu juga tidak menghantar sebarang nama bagi melaksanakan rombakan kabinet tersebut yang disifatkannya sebagai keputusan perdana menteri dan di luar bidang kuasa beliau selaku Menteri Kewangan. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan