Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PKR tidak akan kenakan tindakan terhadap Haziq

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku terbabit dalam aksi intim bersama seorang menteri kabinet dalam video lucah, lapor Bernama.

Anggaran Waktu Membaca:
PKR tidak akan kenakan tindakan terhadap Haziq

Lelaki yang mengaku terlibat dalam video seks sejenis dengan ‘menteri’, Haziq Abdullah Abdul Aziz. (Gambar: Facebook/Haziq Aziz)

Diterbitkan : 17 Jun 2019 09:47AM Dikemas Kini : 17 Jun 2019 09:56AM

KUCHING: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku terbabit dalam aksi intim bersama seorang menteri kabinet dalam video lucah, lapor Bernama.

Namun, beliau berkata PKR akan menunggu siasatan polis terlebih dahulu dan tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru untuk menghukum sehinggalah Haziq terbukti bersalah.

BACA: Lelaki mengaku dirinya dalam video seks dengan lelaki dikatakan menteri Kabinet Malaysia

Encik Anwar berkata demikian di sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pimpinan PKR Negeri Sarawak di Kuching semalam (16 Jun).

Pada Sabtu, Haziq dilaporkan sudah dibebaskan dengan jaminan polis setelah ditahan ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dalam perjalanan ke Manila, Filipina.

BACA: Azmin Ali nafi pelibatan dalam video seks sejenis

Sejauh ini Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Mohamed Azmin Ali pada 12 Jun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau merupakan individu yang cuba dikaitkan dalam video tersebut.

Sumber : Bernama/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan