Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PKR minta penyokong Anwar bersabar

Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta bersabar sehingga Ketua Umum PKR itu dibebaskan, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Anggaran Waktu Membaca:
PKR minta penyokong Anwar bersabar

Gambar: AFP/STR

Diterbitkan : 14 May 2018 10:32PM Dikemas Kini : 14 May 2018 10:35PM

KUALA LUMPUR: Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta bersabar sehingga Ketua Umum PKR itu dibebaskan, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, lapor Malaysiakini.

"Ya minta penyokong bersabar, penyokong saya difahamkan dah mula sampai dari seluruh negara," katanya kepada pemberita di Hospital Rehabilitasi Cheras malam ini (14 Mei).

Katanya, sejurus pembebasan itu Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mengatur mobilisasi menyambut Datuk Seri Anwar. Mantan ketua pembangkang itu kemudian akan menyampaikan ucapannya.

“(Esoknya juga) Ramadan pertama, kita akan susun mobalisasi pembebasan itu. Anwar akan turun beri ucapan,” katanya.

Ditanya mengapa penangguhan mesyuarat Lembaga Pengampunan dibuat pada Rabu, Malaysiakini melaporkan bahawa Datuk Saifuddin berkata ia merupakan permintaan daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Katanya, lagi segala dokumentasi berkaitan Datuk Seri Anwar telah pun lengkap dan kini cuma menunggu mesyuarat Lembaga Pengampunan itu sahaja.

“Saya bercakap dengan bahagian undang-undang PMO yang mengesahkan semua dokumentasi lengkap. Kita melihat ini satu perkara normal, mungkin Lembaga Pengampunan perlu sedikit masa lagi dan saya optimis perkara (mesyuarat) itu akan berlaku jam 11.00 pagi, Rabu (15 Mei) untuk kita menyambut Datuk Seri Anwar,” katanya.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan bahawa peguam Datuk Seri Anwar, R Sivarasa berkata, persidangan Lembaga Pengampunan itu akan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong dan turut dihadiri Peguam Cara Negara II, Datin Zauyah Be T Loth Khan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta beberapa anggota lain.

Sumber : Agensi berita/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan