Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pilihan raya umum Indonesia: Jokowi selesa dahului Prabowo dalam kiraan awal tidak rasmi peninjau

Keputusan tidak rasmi pilihan raya umum Indonesia menunjukkan Presiden sekarang Joko Widodo mendahului pesaingnya, Prabowo Subianto menurut kiraan awal tidak rasmi oleh peninjau, CSIS.

Anggaran Waktu Membaca:
Pilihan raya umum Indonesia: Jokowi selesa dahului Prabowo dalam kiraan awal tidak rasmi peninjau

Keputusan tidak rasmi pilihan raya umum Indonesia menunjukkan Presiden sekarang Joko Widodo mendahului pesaingnya, Prabowo Subianto. (Gambar: AFP/Dwi Susanto/Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 11:05PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 11:10PM

JAKARTA: Keputusan tidak rasmi pilihan raya umum Indonesia menunjukkan Presiden sekarang Joko Widodo mendahului pesaingnya, Prabowo Subianto menurut kiraan awal tidak rasmi oleh peninjau, CSIS.

Encik Jokowi bertanding menentang pencabarnya, bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto selepas kempen enam bulan didominasi isu ekonomi dan peningkatan pengaruh politik Islam.

Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) meletakkan Encik Jokowi sebagai mencatat 56.7 peratus undi sementara Encik Prabowo memperoleh 43.3 peratus undi.

CSIS adalah satu daripada lebih 40 kumpulan diakreditasi oleh panel pilihan raya Indonesia untuk menjalankan kiraan pantas tidak rasmi, berdasarkan sampel stesen pengundian seluruh negara.

Data dikumpul Pusat kajian Saiful Mujani SMRC, Indo Barometer dan Indikator Politik Indonesia berkata, Encik Jokowi mendahului dengan selesa, walaupun keputusan rasmi tidak dikeluarkan sehingga 22 Mei depan.

SMRC menyatakan, kiraan pantasnya meletakkan Encik Jokowi di kedudukan 55.34 peratus berbanding pencabarnya, Encik Prabowo dengan 44.66 peratus, Indo Barometer (55.36, 44.64 peratus) sementara Indikator Politik Indonesia meletakkan 55.97 dan 44.03 peratus.

Encik Jokowi memberitahu para wartawan di satu sidang media bahawa beliau akan menantikan sehingga keputusan rasmi diumumkan.

Dalam pada itu, pencabarnya Prabowo Subianto berkata, beliau memperoleh antara 52 dan 54 peratus undian dalam pilihan raya republik itu hari ini, sekali gus menang dalam perlumbaan merebut jawatan utama republik itu.

Menurutnya anggaran itu adalah berdasarkan tinjauan selepas undi dalaman dan keputusan ‘kiraan segera’.

Beliau menggesa penyokongnya untuk tidak membenarkan kejayaan tersebut dirampas begitu sahaja.

"Ada usaha dari pihak-pihak peninjau tertentu untuk menunjukkan seolah-olah kita sudah kalah," kata beliau dalam satu sidang media.

"Terus fokus melindungi kotak undi kerana ia adalah kunci utama kejayaan kita,” tambah Encik Prabowo lagi. 

Sumber : Agensi berita/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan