Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pilihan raya terbesar Indonesia bermula

Indonesia mengadakan salah satu pilihan raya sehari yang terbesar di dunia pada Rabu (17 Apr), menyaksikan persaingan antara presiden Joko Widodo dengan mantan jeneral Prabowo Subianto.

Anggaran Waktu Membaca:
Pilihan raya terbesar Indonesia bermula

Presiden Joko Widodo (kanan) dan Prabowo Subianto (Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 08:14AM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 08:18AM

JAKARTA: Indonesia mengadakan salah satu pilihan raya sehari yang terbesar di dunia pada Rabu (17 Apr), menyaksikan persaingan antara presiden Joko Widodo dengan mantan jeneral Prabowo Subianto.

Lebih 190 juta rakyat Indonesia dijangka keluar mengundi mulai pukul 7.00 pagi waktu tempatan (6.00 pagi waktu Singapura) dan berakhir pukul 1.00 tengah hari waktu tempatan.

Jumlah rekod 245,000 calon bertanding bagi jawatan awam di demokrasi ketiga terbesar dunia itu.

Tinjauan pendapat menunjukkan Encik Widodo, 57 tahun ialah pilihan utama namun beliau dijangka menghadapi persaingan sengit dari Encik Subianto, 67 tahun, yang memberi amaran akan mencabar keputusan itu berhubung senarai undi di luar aturan jika beliau kalah.

Beliau kalah tipis kepada Encik Widodo pada 2014 dan gagal mencabar keputusan.

800,000 pusat mengundi disediakan di merata negara.

Pilihan raya itu menimbulkan cabaran logistik yang amat besar bagi negara yang meliputi jarak 4,800 kilometer merentasi 17,000 pulau dengan lebih 260 juta penduduk.

Kotak-kotak undi dibawa menggunakan motosikal, sampan, pesawat malah haiwan tunggangan seperti gajah dan kuda untuk dibawa ke kampung-kampung di kawasan pendalaman.

"Pengiraan pantas" dijangka akan memberi gambaran tepat calon Presiden yang menang pada lewat Rabu, namun keputusan rasmi dijangkakan hanya pada bulan Mei nanti.

Kempen pilihan raya antara lain dicemari oleh skandal-skandal dan penyebaran berita palsu secara online yang cuba mempengaruhi jutaan pengundi yang belum membuat keputusan.

Tunjang utama kempen Encik Widodo adalah ikrar-ikrar untuk mempergiatkan pembangunan prasarana yang amat diperlukan seperti jalan raya dan lapangan terbang bagi menyokong pertumbuhan ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.

Sementara itu Encik Subianto, yang memilih ahli perniagaan kaya Sandiaga Uno, 49 tahun, sebagai calon naib presiden, mendampingi kumpulan-kumpulan tegar Islam, menjanjikan perbelanjaan pertahanan yang lebih besar, dan seperti Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, berikrar untuk "mendahulukan Indonesia" dengan mengkaji semula pelaburan China bernilai berbilion dolar.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan