Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pilihan raya tengah penggal AS: Demokrat rampas Dewan Perwakilan

Parti Demokrat menguasai semula Dewan Perwakilan kali pertama dalam masa lapan tahun, dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Nov 2018 08:40PM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 10:21PM

WASHINGTON: Parti Demokrat menguasai semula Dewan Perwakilan kali pertama dalam masa lapan tahun, dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat.

Para penyokong Demokrat meraikan kemenangan bersejarah merampas semula Dewan Perwakilan daripada parti Republikan yang dipimpin Presiden Donald Trump.

Bagaimanapun Republikan mengekalkan suara majoriti dalam Dewan Senat.

Ini bermakna Kongres kini berpecah kuasa sehingga pilihan raya 2020.

Kemenangan Demokrat dilihat sebagai memberi tamparan hebat kepada Presiden Trump.

Ia merintis jalan bagi ahli-ahli Demokrat mencabar dan menyekat dasar-dasar serta agenda Presiden Trump bagi dua tahun akan datang.

Presiden Trump dilaporkan sudah menghubungi Ketua Parti Demokrat Nancy Pelosi, untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan mereka.

Antara keputusan yang menarik minat ramai adalah kemenangan bekas calon Presiden, Mitt Romney bagi kerusi Dewan Senat Utah.

Dalam pilihan raya 2016, Encik Romney merupakan antara pengkritik kuat Encik Trump.

Pilihan raya pertengahan penggal ini dianggap sebagai pungutan suara bagi mengukur prestasi Pentadbiran Trump sepanjang dua tahun lalu. 

Sumber : Agensi berita/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan