Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pilihan raya pertengahan penggal AS berlangsung hari ini

Rakyat Amerika mengundi dalam pilihan raya pertengahan penggal hari ini (6 Nov, waktu AS) bagi memilih anggota-anggota Dewan Perwakilan, beberapa orang Senator dan Gabenor.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Nov 2018 07:47PM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 12:24AM

WASHINGTON: Rakyat Amerika mengundi dalam pilihan raya pertengahan penggal hari ini (6 Nov, waktu AS) bagi memilih anggota-anggota Dewan Perwakilan, beberapa orang Senator dan Gabenor.

Walaupun Presiden Donald Trump tidak bertanding, keputusan pengundi memberi gambaran mengenai penerimaan mereka terhadap tempoh dua tahun pertama presiden kontroversil itu.

Parti Republican pimpinan Presiden Trump mahu menguasai kedua-dua dewan Kongres.

Tinjauan pendapat menunjukkan Republican kemungkinan besar mengekalkan kuasanya dalam Dewan Senat, namun Parti Democrat diramal merampas kembali Dewan Perwakilan.

Democrat yang disokong mantan Presiden Barrack Obama dalam kempen mereka, berharap dapat meraih undi yang cukup untuk menawan semula Kongres.

Mereka hanya memerlukan 23 kerusi untuk menguasai Dewan Perwakilan. Dengan sekurang-kurangnya 36 ahli Republican tidak bertanding, peluang bagi Democrat dikatakan cerah.

Democrat mesti menguasai kedua-dua dewan untuk menyekat dengan berkesan agenda dan dasar Presiden Trump. Jika Democrat hanya menguasai Dewan Perwakilan, mereka masih boleh meneruskan prosiding untuk menyingkirkan Presiden.

Presiden Trump sendiri giat berkempen pada saat-saat akhir untuk menambat hati pengundi di Ohio, Indiana dan Missouri.

Sekurang-kurangnya 31 juta orang sudah mengundi dalam pengundian awal. Jumlah besar itu mencerminkan sokongan pengundi dijangka tinggi pada keseluruhannya dalam pilihan raya pertengahan penggal kali ini. 

Sumber : Agensi berita/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan