Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pilihan Raya NZ: Parti Buruh Jacinda Ardern menang besar; pembangkang mengaku kalah

Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Jacinda Ardern memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum New Zealand hari ini (17 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Pilihan Raya NZ: Parti Buruh Jacinda Ardern menang besar; pembangkang mengaku kalah

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Arden. (Gambar fail: Fiona Goodall/Pool menerusi REUTERS)

Diterbitkan : 17 Oct 2020 07:36PM Dikemas Kini : 17 Oct 2020 07:38PM

WELLINGTON: Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Jacinda Ardern memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum New Zealand hari ini (17 Okt).

Pemimpin Pembangkang dari Parti Nasional Judith Collins sudahpun mengaku kalah.

Dengan lebih 80 peratus undi sudahpun dikira, Parti Buruh memperoleh majoriti daripada 120 kerusi parlimen.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, Parti Buruh meraih 49 peratus undi iaitu jauh lebih tinggi berbanding 27 peratus undi yang diperolehi Parti Nasional.

Mandat tersebut bermakna Cik Ardern, 40 tahun, boleh membentuk pemerintahan parti tunggal yang pertama dalam beberapa dekad.

Kemenangan beliau dilihat sebagai sokongan kukuh rakyat New Zealand terhadap cara agresif beliau menangani pandemik COVID-19.

Undi majoriti yang diperolehi Cik Ardern juga meningkatkan peluang beliau untuk melaksanakan agenda pembaharuannya seperti yang dijanjikan dalam penggal pertama pemerintahannya.

Cik Ardern berikrar menaikkan cukai ke atas golongan berpendapatan tinggi manakala Cik Collins berjanji untuk memotong cukai jangka pendek. Bagaimanapun kedua-duanya kurang punya perbezaan ketara berhubung dasar.

Cik Collins berkata beliau sudahpun menghubungi PM Ardern untuk mengucapkan tahniah ke atas kemenangan tersebut.

"Kepada Perdana Menteri Jacinda Ardern, yang telah saya hubungi, tahniah di atas keputusan anda kerana ia adalah, saya yakin, satu keputusan luar biasa bagi Parti Buruh," ujar Cik Collins ketika menyampaikan ucapan yang disiarkan di televisyen. 

Sumber : Reuters/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan