Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pilihan raya kecil Slim di Perak bermula dengan penamaan calon

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bermula pada Sabtu (15 Ogos), dengan tumpuan kepada pengumuman rasmi calon yang akan bertanding di DUN itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pilihan raya kecil Slim di Perak bermula dengan penamaan calon

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 15 Aug 2020 10:01AM Dikemas Kini : 15 Aug 2020 10:07AM

TANJUNG MALIM: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bermula pada Sabtu (15 Ogos), dengan tumpuan kepada pengumuman rasmi calon yang akan bertanding di DUN itu.

Proses penamaan calon di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim di sini akan bermula pada 9.00 pagi dengan bakal calon diberi tempoh sejam sehingga 10.00 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan.

Berikutan wabak COVID-19, tiada perarakan atau perhimpunan dibenarkan sekali gus menjejaskan kemeriahan hari penamaan calon yang seringkali diwarnai dengan perarakan serta laungan daripada penyokong parti bertanding.

Berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hanya calon, pencadang dan penyokong calon dibenar masuk ke pusat penamaan calon.

Pegawai Pengurus PRK itu Shamsul Ridzuan Idris kemudian dijangka mengumumkan nama calon yang layak bertanding pada 11.00 pagi.

Setakat semalam, 12 set borang pencalonan sudah dijual.

Barisan Nasional (BN) pada Rabu mengumumkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz, 43, sebagai calon bagi mempertahankan kerusi DUN berkenaan, manakala peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, dinamakan sebagai calon mewakili kumpulan penyokong mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Encik Amir Khusyairi akan bertanding atas tiket Bebas memandangkan parti baru Dr Mahathir, Pejuang belum didaftarkan.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai. Pengundian ditetapkan pada 29 Ogos.

Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan