Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pilihan raya boleh diadakan di M'sia bila separuh penduduk terima vaksin COVID-19: Khairy

Malaysia mungkin bersedia bagi pilihan raya umum akan datang jika ia mampu memberikan suntikan vaksin kepada separuh daripada 32 juta penduduknya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pilihan raya boleh diadakan di M'sia bila separuh penduduk terima vaksin COVID-19: Khairy

(Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 24 Feb 2021 08:13PM Dikemas Kini : 24 Feb 2021 08:15PM

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin bersedia bagi pilihan raya umum akan datang jika ia mampu memberikan suntikan vaksin kepada separuh daripada 32 juta penduduknya.

Demikian menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Program Imunisasi COVID-19 negara itu, Encik Khairy Jamaluddin dalam satu wawancara eksklusif bersama Mediacorp.

"Jika jumlah kes merosot, dan anda sudah memberikan suntikan vaksin kepada 50 peratus hingga 6 peratus daripada jumlah penduduk. Keadaan berada dalam kawalan dan mungkin itulah masa yang tepat.

"Saya rasa jika kita menjalankan program imunisasi yang berkesan, adalah tidak mustahil untuk membayangkan pilihan raya mungkin akan diadakan sekitar tahun ini, dalam pertengahan atau hujung tahun ini," menurut Encik Khairy. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan