Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pilihan raya Australia: Para pengundi mungkin buat keputusan berdasarkan dasar iklim

Sekitar 17 juta rakyat Australia dijangka keluar mengundi hari ini (18 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Pilihan raya Australia: Para pengundi mungkin buat keputusan berdasarkan dasar iklim

Sekitar 17 juta rakyat Australia dijangka keluar mengundi hari ini. (Gambar: Greg Stone/Reuters)

Diterbitkan : 18 May 2019 08:29AM Dikemas Kini : 18 May 2019 08:34AM

SYDNEY: Sekitar 17 juta rakyat Australia dijangka keluar mengundi hari ini (18 Mei).

Buat pertama kali di dunia, para pengundi dalam pilihan raya itu mungkin membuat keputusan berdasarkan dasar iklim yang diperjuangkan oleh parti-parti yang bertanding.

Semalam (17 Mei), Parti Liberal pimpinan Perdana Menteri Scott Morrison berjaya merapatkan jurang dengan pesaingnya, Parti Buruh.

Namun, pendekatan terhadap isu iklim mungkin akan menjadi penentu bagi sokongan yang bakal diterima oleh kedua-dua parti.

Isu itu dibangkitkan akibat banjir, kebakaran hutan dan kemarau yang berlaku di negara itu.

Ia menjadi isu hangat dalam kempen-kempen kedua-dua parti.

Parti Buruh sudah berikrar akan melaksanakan sasaran yang bercita-cita tinggi iaitu untuk beralih kepada sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Sementara itu, Parti Liberal menyatakan pihaknya tidak mahu mengambil risiko yang boleh menjejas kedudukan ekonomi negara itu yang bergantung kepada tenaga arang batu untuk menjadikan udaranya lebih bersih.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan