Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pilih Najib kesilapan terbesar saya, kata Mahathir

Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad meminta maaf kepada orang ramai yang menghadiri sebuah rapat pembangkang di Kuala Lumpur dengan mengatakan beliau bertanggungjawab atas kekuasaan Najib.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 May 2018 04:14PM Dikemas Kini : 02 May 2018 09:55PM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad meminta maaf kepada orang ramai yang menghadiri sebuah rapat pembangkang di Kuala Lumpur dengan mengatakan beliau bertanggungjawab atas kekuasaan Najib.

Dalam ucapannya pemimpin pembangkang itu mengakui kesilapan terbesar yang dilakukan dalam hidupnya.

Selama lebih dua jam, ratusan penyokong Dr Mahathir sanggup menunggu dalam hujan dan bersesak-sesak untuk mendengar ucapan beliau.

Di pertengahan ucapannya, Dr Mahathir memohon maaf kepada para hadirin.

"Tuan-tuan dan puan-puan, saya meminta maaf kepada semua orang, sayalah yang naikkan Najib. Kesilapan yang terbesar dalam hidup saya ialah pilih Najib. Tuan-tuan dan puan-puan saya hendak memperbaiki kesilapan inilah maka saya berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib,"

Dr Mahathir, 92 tahun, turut menolak dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Dr Ahmad Zahid, Barisan Nasional (BN) menghidu taktik pembangkang yang merancang supaya Dr Mahathir masuk ke hospital sebelum hari mengundi bagi meraih undi simpati.

Dr Mahathir berkata beliau tidak perlu melakukan tindakan sedemikian.

Beliau percaya BN takut kepadanya sambil merujuk kepada kejadian di Johor di mana gambar muka beliau di papan iklan dikerat, yang didakwa dilakukan bagi mematuhi peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sumber : CNA/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan