Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pihak berkuasa penerbangan Amerika luluskan saranan perubahan operasi Boeing

Pihak berkuasa penerbangan Amerika sudah meluluskan perubahan operasi yang disarankan syarikat Boeing bagi mengatasi isu-isu keselamatan pesawat jenis 737 MAX.

Anggaran Waktu Membaca:
Pihak berkuasa penerbangan Amerika luluskan saranan perubahan operasi Boeing

Gambar fail: Pesawat Boeing 737 MAX di kilang Boeing di Renton, Washington, Amerika Syarikat. (Gambar: Lindsey Wasson/REUTERS)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 09:21PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 09:26PM

REUTERS: Pihak berkuasa penerbangan Amerika sudah meluluskan perubahan operasi yang disarankan syarikat Boeing bagi mengatasi isu-isu keselamatan pesawat jenis 737 MAX.

Ini menyusuli dua nahas pesawat yang terhempas dalam masa enam bulan, meragut nyawa 346 orang.

Dalam laporan awal yang didedahkan Pentadbiran Penerbangan Federal Amerika FAA, perubahan yang disarankan itu, dilihat sebagai "sesuai" untuk operasi.

Bagaimanapun, Boeing belum mengemukakan pembaikan sofwe bagi sistem mengelak kematian enjin.

Kesemua penerbangan pesawat 737 MAX sudah digantung beberapa hari selepas pesawat Ethiopian Airlines terhempas pada 10 Mac lalu.

Sejak itu, syarikat Boeing cuba mengatasi isu-isu keselamatan yang dipercayai menjadi punca nahas pesawat jenis yang sama.

Menurut FAA, ia tidak terburu-buru untuk meluluskan sebarang langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

Bagaimanapun ia mengalu-alukan sebarang maklum balas awam selama 14 hari.

Laporan itu memberi perincian perbezaan pesawat MAX berbanding model-model 737 yang lain, serta sebarang latihan baru yang diperlukan.

Selepas 14 hari, FAA akan menyemak semula sebarang maklum balas sebelum membuat penilaian muktamad. 

Sumber : Reuters/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan