Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Piala Dunia 2018: Suami isteri bercerai gara-gara Messi, Ronaldo

Ada banyak kisah menarik di sepanjang Piala Dunia 2018. Salah satunya adalah kisah pasangan suami isteri asal Rusia ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia 2018: Suami isteri bercerai gara-gara Messi, Ronaldo

Gambar fail Cristiano Ronaldo. (Gambar: Marco Bertorello/ AFP)

Diterbitkan : 07 Jul 2018 10:43PM Dikemas Kini : 08 Jul 2018 09:06AM

RUSIA: Ada banyak kisah menarik di sepanjang Piala Dunia 2018. Salah satunya adalah kisah pasangan suami isteri asal Rusia ini.

Cinta antara Encik Arsen dan Cik Lyudmila mula berputik ketika mereka menonton Piala Dunia 2002. Kedua-duanya merasakan mereka saling cocok, lalu memutuskan untuk berumahtangga. Encik Arsen adalah peminat Lionel Messi dari pasukan sepak bola Argentina, manakala Cik Lyudmila pula peminat setia Cristiano Ronaldo, dari Portugal.

Selama 16 tahun, pernikahan pasangan ini bahagia. Namun kini, pada Piala Dunia 2018, Encik Arsen memutuskan untuk menceraikan Cik Lyudmila dan meninggalkannya. Apa yang terjadi?

Menurut Encik Arsen, mahligai yang dibina hancur gara-gara isterinya sering mengejek idolanya.

Daily Mail UK difahamkan hubungan mereka semakin tegang selepas kemenangan Argentina menentang Nigeria. Encik Arsen meraikan kemenangan pasukan kegemarannya dan ini membuat isterinya marah.

Cik Lyudmila bertegas bahawa bintang Portugal, Ronaldo, jauh lebih hebat berbanding Messi. Tidak dapat menahan rasa marah terhadap isterinya, Encik Arsen segera mengambil pakaian-pakaiannya lalu meninggalkan rumah mereka.

Ternyata, pertelingkahan itu bukan yang pertama antara pasangan itu sepanjang berlangsung Piala Dunia. Encik Arsen memberitahu media tempatan, DunArgumenti i Fakty, isterinya sering mencemuh dan menghina Messi.

"Sejak awal Piala Dunia, beliau tidak henti-henti mencemuh Messi dan berkata Messi tidak mampu menyempurnakan tendangan penalti dalam perlawanan menentang Iceland," kata Encik Arsen.

"Saya tidak dapat menahan diri dan memberitahunya tentang pandangan saya terhadap Ronaldo yang suka bermegah, pasukan negara Portugal dan semua kelab-kelab bola yang beliau suka.

"Kemudian saya tinggalkannya buat selama-lamanya," tambah Encik Arsen.

Menurut Daily Mail, Encik Arsen memfailkan permohonan cerai sehari selepas meninggalkan Cik Lyudmila. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan