Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Phuket akan dibuka semula pada Julai kepada pelancong yang sudah divaksin

Pelancong asing yang sudah divaksin akan dikecualikan daripada syarat menjalani kuarantin setibanya mereka di pulau peranginan Phuket bermula 1 Julai.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Mar 2021 07:59PM Dikemas Kini : 26 Mar 2021 10:50PM

BANGKOK: Pelancong asing yang sudah divaksin akan dikecualikan daripada syarat menjalani kuarantin setibanya mereka di pulau peranginan Phuket bermula 1 Julai.

Menurut laporan Bloomberg, sebuah panel yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan-Ocha pada Jumaat (26 Mac), meluluskan saranan sektor swasta dan dewan-dewan perniagaan Phuket supaya memberi suntikan vaksin kepada sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk pulau tersebut.

Ini diusulkan agar persiapan dapat dijalankan untuk menyambut kembali pelancong yang sudah divaksin, kata Menteri Pelancongan Thailand Phiphat Ratchakitprakarn.

Kerajaan Thai merancang untuk merintis rancangan membuka semula negara itu di Phuket sebelum memperluaskan usaha tersebut ke tempat-tempat pelancongan lain seperti Koh Samui.

Semua itu demi merancakkan kembali sektor pelancongan negara yang menjadi lumpuh tanpa ketibaan jutaan pelancongnya.

Menurut Bloomberg, sektor pelancongan Thailand membentuk sekitar 20 peratus ekonomi Thailand sebelum terjadinya pandemik COVID-19.

Perkembangan terkini ini juga bermakna, Phuket akan membuka semula pintunya tiga bulan lebih awal berbanding wilayah lain di Thailand - yang dijangka menyambut para pelancong yang sudah divaksin hanya pada Oktober.

Para penduduk Phuket akan didahulukan dalam program vaksinasi negara itu, dengan lebih 930,000 dos akan diberikan sebelum pulau tersebut dibuka semula, tambah Encik Bhummikitti Ruktaengam selaku presiden persatuan pelancongan pulau itu dalam satu wawancara berasingan sebelum ini.

Pembukaan awal Phuket berpotensi menyuntik lebih 30 bilion baht (S$1.3 bilion) ke dalam ekonomi Thailand.

Sungguhpun begitu, sama ada rancangan itu akan berhasil atau tidak, tetap bergantung kepada perjanjian mengiktiraf sijil imunisasi dengan negara-negara lain, jelas Encik Bhummikitti lagi seperti yang ditukil Bloomberg.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan