Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PH sukar penuhi janji kerana angkara kerajaan terdahulu - Dr Mahathir

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendapati sukar untuk mencapai janji dan matlamat manifestonya disebabkan oleh kerosakan yang disebabkan kerajaan terdahulu.

Anggaran Waktu Membaca:
PH sukar penuhi janji kerana angkara kerajaan terdahulu - Dr Mahathir

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 Nov 2019 04:55PM Dikemas Kini : 30 Nov 2019 04:59PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendapati sukar untuk mencapai janji dan matlamat manifestonya disebabkan oleh kerosakan yang disebabkan kerajaan terdahulu.

"Sewaktu kita sediakan manifesto, kita tak dapat maklumat penuh dan apabila kita ambil alih kita dapati kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan lama itu jauh lebih dahsyat daripada yang kita anggar.

"Kalau dia (rakyat) tak yakin, ada masanya dia boleh undi bila ada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dia undi lah… untuk menentukan nasib PH,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Kebangsaan ke-58, hari ini (30 Nov).

Dr Mahathir juga menjangkakan ia akan mengambil masa lima tahun sebelum kerajaan PH dapat tunaikan janjinya.

Ditanya mengenai status pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), beliau berkata kerajaan masih dalam proses melakukan kajian mendalam berkaitan akta itu.

"Perkara ini sukar dan sementara itu kita tak nak dengan mudah membebaskan pengganas seumpamanya… kalau kita dapati orang itu menyediakan bom, letup sana sini, orang yang macam itu kita tak boleh bagi 'bail',” katanya.

Kerajaan sebelum ini pernah berkata ia akan mengkaji untuk meminda peruntukan drakonian yang terdapat dalam SOSMA, tidak lama lagi.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan