Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PH ada peluang menang Tanjung Piai jika pemimpin turun padang, kata Dr Mahathir

Pakatan Harapan (PH) berpeluang untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai ini, namun menurut Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad para penyokong pakatan itu, termasuk beliau sendiri selaku Pengerusi PH, perlu terus bekerja kuat dan turun berkempen.

Anggaran Waktu Membaca:
PH ada peluang menang Tanjung Piai jika pemimpin turun padang, kata Dr Mahathir

Tanjung Piai terletak di penghujung selatan benua Asia. (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 06 Nov 2019 03:49PM Dikemas Kini : 06 Nov 2019 03:51PM

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) berpeluang untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai ini, namun menurut Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad para penyokong pakatan itu, termasuk beliau sendiri selaku Pengerusi PH, perlu terus bekerja kuat dan turun berkempen.

“Saya harap penduduk di sana (Tanjung Piai) sedar, terutamanya bahawa kemenangan PH bermakna janji boleh ditunaikan kerana kami menjadi kerajaan di peringkat Johor dan juga pusat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Selasa (5 Nov).

"… kemenangan Barisan Nasional (BN) atau MCA umpamanya, kalau mereka menang pun mereka tidak boleh buat apa-apa kerana tidak dapat tukar kerajaan Johor dan pusat. Ini sesuatu yang kita harap pengundi akan mengambil kira dan memberi undi kepada PH," katanya.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai ditetapkan 16 November ini menyusuli kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang mewakili PH pada 21 September lepas akibat komplikasi jantung.

PH berdepan dengan pertandingan enam penjuru menentang BN, Gerakan, Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) dan dua calon bebas.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan