Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Petugas jagaan kesihatan Indonesia sudah mula disuntik vaksin COVID-19

Kementerian Kesihatan negara itu merancang untuk menyuntik vaksin pada lebih 1.3 juta petugas jagaan kesihatan dan 17.4 juta pegawai kesihatan awam dalam peringkat pertama.

Anggaran Waktu Membaca:
Petugas jagaan kesihatan Indonesia sudah mula disuntik vaksin COVID-19

Seorang pekerja mengangkat bekalan vaksin COVID-19 di Medan, Sumatra Utara, Indonesia. (Gambar: AP/Binsar Bakkara)

Diterbitkan : 14 Jan 2021 01:36PM Dikemas Kini : 14 Jan 2021 01:40PM

JAKARTA: Indonesia sudah mula memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada para petugas jagaan kesihatan dan pegawai perkhidmatan awam hari ini (14 Jan), sehari selepas Presiden Joko Widodo menerima suntikan dos pertama SinoVac Biotech.

Kementerian Kesihatan negara itu merancang untuk menyuntik vaksin pada lebih 1.3 juta petugas jagaan kesihatan dan 17.4 juta pegawai kesihatan awam dalam peringkat pertama.

Indonesia, negara dengan jumlah penduduk keempat tertinggi di dunia, merancang untuk memberikan suntikan vaksin kepada sepertiga daripada sekitar 270 juta penduduk negara itu - atau lebih 180 juta orang.

"Pandemik itu masih ada dan para petugas kesihatan adalah petugas barisan hadapan yang menjaga para pesakit COVID-19," kata Timbalan Menteri Kesihatan Dante Saksono.

Seramai 25 petugas jagaan kesihatan yang pertama menerima vaksin tersebut adalah kakitangan Hospital Cipto Mangunkusumo di Jakarta.

Pengarah hospital, Lies Dina Liastuti berkata seramai 6,000 orang akan diberikan vaksin pada kadar 275 orang sehari.

Badan Pengawas Obat dan Makanan Indonesia meluluskan kegunaan darurat bagi vaksin Sinovac Biotech dari China, setelah badan agama Islam negara itu menyatakan vaksin itu boleh digunakan oleh umat Islam negara itu. Indonesia adalah negara yang mempunyai jumlah umat Islam tertinggi di dunia.

Kementerian kesihatan negara itu menjangkakan akan mengambil masa 15 bulan untuk Indonesia menyelesaikan program vaksinasi tersebut, iaitu sehingga Mac 2022.

Program itu dimulakan sedang Indonesia dibelenggu jumlah kes harian COVID-19 yang mencatat paras rekod semalam, dengan 11,278 kes dan 308 kematian dalam tempoh 24 jam.

Negara itu sudah mencatat lebih 858,000 kes jangkitan dan lebih 24,900 kematian.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan