Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Petugas dalam pesawat bawa Joe Biden positif COVID-19

Seorang petugas yang turut sama dalam penerbangan khas kempen calon presiden Demokrat Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah disahkan positif COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Petugas dalam pesawat bawa Joe Biden positif COVID-19

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 16 Oct 2020 01:39PM Dikemas Kini : 16 Oct 2020 01:42PM

WASHINGTON: Seorang petugas yang turut sama dalam penerbangan khas kempen calon presiden Demokrat Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah disahkan positif COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Petugas itu menaiki pesawat yang sama dengan Encik Biden menuju ke Ohio pada Isnin dan Florida pada Selasa, tetapi mereka sering berada lebih 50 kaki antara satu sama lain dan memakai pelitup muka, kata pasukan kempen Biden dalam satu kenyataan pada Khamis (15 Okt).

Kenyataan itu mengatakan petugas tersebut yang disahkan positif adalah "anggota pentadbiran" syarikat yang menyewakan pesawat 737 tetapi “tidak pernah berhubung secara langsung" dengan Encik Biden.

"Berdasarkan fakta-fakta ini, kami telah dinasihatkan doktor Naib Presiden dan penasihat perubatan kempen bahawa Naib Presiden itu tidak perlu dikuarantin," kata Pengurus Kempen Jen O'Malley Dillon dalam kenyataan itu.

"Bukan hanya individu yang berjarak lebih 50 kaki dan memakai pelitup muka, tetapi saya juga memakai pelitup muka N-95. Petugas saya juga tidak ada yang berhubung dengan kru ini. Doktor saya telah memberikan nasihat tiada keperluan untuk saya dikuarantin," ciap Encik Biden.

"Sekiranya ada, biarkan ini menjadi contoh pentingnya memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial yang selamat," tambah bekas naib presiden itu.

Sebelumnya pada Khamis, rakan sepasukan Encik Biden, Cik Kamala Harris membatalkan perjalanan kempennya pada hujung minggu ini setelah pengarah komunikasinya Cik Liz Allen dan seorang anggota kru penerbangan didapati positif COVID-19.

Pada Khamis, Cik Harris dan suaminya Doug Emhoff diuji negatif terhadap virus.

Cik O'Malley Dillon mengatakan pasukan kempen Encik Biden telah memulakan proses pengesanan kontak "untuk memaklumkan semua pihak yang berhubung dengan individu tersebut bagi melihat kemungkinan dijangkiti.”

Kematian COVID-19 Amerika Syarikat mencecah 217,696 pada Khamis manakala jumlah jangkitan melebihi 7.9 juta, menurut data yang dikumpul oleh Universiti Johns Hopkins University. Kes baharu setiap hari meningkat di 44 negeri, dan kematian setiap hari meningkat di 30 negeri, lapor NBC News.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan