Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peti, buku log lawatan jadi kaedah bendung penyelewengan petrol di stesen minyak M'sia

Pelaksanaan peti dan buku log lawatan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di stesen-stesen minyak yang berada di sempadan negara menjadi satu lagi kaedah bagi membendung aktiviti penyelewangan dan penyeludupan petrol dan diesel bersubsidi.

Anggaran Waktu Membaca:
Peti, buku log lawatan jadi kaedah bendung penyelewengan petrol di stesen minyak M'sia

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 06 Mar 2021 02:07PM Dikemas Kini : 06 Mar 2021 02:11PM

KOTA BAHRU: Pelaksanaan peti dan buku log lawatan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di stesen-stesen minyak yang berada di sempadan negara menjadi satu lagi kaedah bagi membendung aktiviti penyelewangan dan penyeludupan petrol dan diesel bersubsidi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata peti dan buku log itu membolehkan penguatkuasa KPDNHEP membuat pemantauan aktiviti kenderaan asing yang masuk untuk mengisi minyak di stesen yang berada di sempadan negara.

Beliau berkata penjualan minyak di stesen-stesen itu perlu dikawal rapi kerana kerajaan tidak mahu kenderaan asing masuk ke dalam negara dan sewenang-wenangnya mengambil peluang untuk mengisi minyak sehingga penuh tangki semata-mata kerana harga minyak di negara jiran yang lebih mahal.

“Selain memantau kehadiran kenderaan asing bagi tujuan mengisi minyak, penguatkuasa KPDNHEP juga boleh memantau aktiviti-aktiviti di stesen-stesen minyak ini,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelaksanaan Peti dan Buku Log Lawatan Penguatkuasa KPDNHEP di stesen-stesen minyak berhampiran sempadan negara hari ini (6 Mac).

Turut hadir Ketua Setiausaha KPDNHEP Hasnol Zam Zam Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha KPDNHEP Dr Alauddin Sidal serta Pengarah Penguatkuasaan KPDNHEP Azman Adam.

Sebagai rekod, terdapat 281 buah stesen minyak yang terletak berhampiran sempadan negara setakat November lalu.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan