Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peti besi berusia 20 tahun ditemui di kediaman Najib, tidak boleh dibuka

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha untuk membuka sebuah peti besi berusia 20 tahun bagi membantu siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anggaran Waktu Membaca:
Peti besi berusia 20 tahun ditemui di kediaman Najib, tidak boleh dibuka

Polis melakukan serbuan di rumah mantan Perdana Menteri Najib Razak. (Gambar: AFP/ Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 17 May 2018 09:20PM Dikemas Kini : 17 May 2018 09:24PM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha untuk membuka sebuah peti besi berusia 20 tahun bagi membantu siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut peguam kepada Datuk Seri Najib, Datuk Harpal Singh Grewal, peti besi itu tidak dapat dibuka oleh pihak polis kerana kunci peti besi yang ditemui di kediaman peribadi mantan perdana menteri itu hilang.

Beliau berkata peti besi berkenaan dijumpai pada 8.30 pagi tadi (17 Mei) dan usaha untuk membuka peti besi masih berterusan sehingga kini.

“Kandungan di dalam peti besi itu masih tidak dapat dipastikan lagi...terdapat 50 sehingga 60 pegawai dan anggota yang tiba di kediaman mereka sejak semalam,”  kata beliau.

Pada 4.40 petang tadi sebuah lori PDRM keluar dari pekarangan rumah Datuk Seri Najib dipercayai membawa keluar bahan bukti sambil diiringi sebuah kereta peronda dan dua buah motosikal polis.

Datuk Seri Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.

Selasa lalu (15 Mei), Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan