Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Petani M'sia bantah keputusan EU larang minyak sawit sebagai bahan api

Kesatuan Eropah (EU) merancang untuk melarang minyak sawit sebagai bahan api menjelang 2021.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jan 2018 08:05PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 11:25PM

KUALA LUMPUR: Kesatuan Eropah (EU) merancang untuk melarang minyak sawit sebagai bahan api menjelang 2021.

Ia sebagai usaha EU untuk mengurangkan penggunaan bahan bakar mencapai matlamat iklim yang lebih ketat.

Namun langkah EU itu menyebabkan kemarahan dari Malaysia dan Indonesia yang merupakan pengeluar utama minyak sawit dunia.

Akibatnya, harga minyak sawit jatuh ke paras paling rendah dalam masa tiga minggu.

Kedua-dua Malaysia dan Indonesia menyumbang hampir 90% daripada pengeluaran minyak sawit sejagat.

EU adalah pembeli minyak sawit kedua terbesar selepas India.

Para petani kecil di Malaysia dan Indonesia menyatakan langkah EU untuk mengharamkan penggunaan minyak sawit itu mengancam kehidupan dan mata pencarian mereka.

Ini kerana larangan itu akan menyebabkan harga minyak sawit menjunam.

Ratusan petani minyak sawit Malaysia mengadakan bantahan di ibu kota Kuala Lumpur dua hari lalu sebagai menentang keputusan EU.

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan Presiden Indonesia, Joko Widodo menyifatkan larangan itu sebagai diskriminasi.

Malaysia mengancam untuk bertindak balas dengan melarang import dari EU dan membawa perkara tersebut ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).  

Sumber : AFP/CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan