Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peserta Program Malaysia Rumah Keduaku tidak secara automatik dibenarkan pulang

Malaysia menegaskan peserta Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) tidak secara automatik dibenarkan pulang ke negara itu, di tengah-tengah pandemik COVID-19 sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Peserta Program Malaysia Rumah Keduaku tidak secara automatik dibenarkan pulang

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 May 2020 08:34PM Dikemas Kini : 21 May 2020 08:35PM

MALAYSIA: Malaysia menegaskan peserta Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) tidak secara automatik dibenarkan pulang ke negara itu, di tengah-tengah pandemik COVID-19 sekarang.

Menteri Kanan bagi Keselamatan Malaysia Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana peserta program tersebut perlu menghantar permohonan pulang terlebih dahulu untuk disemak oleh beberapa kementerian terbabit.

Beliau menambah kerajaan akan meneliti negara mana mereka datang, sama ada dari negara berisiko tinggi atau tidak, sebelum keputusan dibuat.

Mereka juga perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan termasuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari dan kos kuarantin perlu ditanggung sendiri oleh peserta.

Program tersebut diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada 2002 bagi membenarkan warga/pesara negara asing yang memenuhi syarat-syarat, menetap di Malaysia sebagai Rumah Kedua mereka.

Sumber : Agensi berita/MM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan