Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesawat tentera udara M'sia terhempas, seorang juruterbang terbunuh

Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut sementara seorang lagi cedera dalam nahas pesawat Hawk 108 di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth, Pulau Pinang, malam semalam (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat tentera udara M'sia terhempas, seorang juruterbang terbunuh

Gambar: BERNAMA

Diterbitkan : 17 Nov 2021 07:15AM Dikemas Kini : 17 Nov 2021 07:16AM

KUALA LUMPUR: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut sementara seorang lagi cedera dalam nahas pesawat Hawk 108 di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth, Pulau Pinang, malam semalam (16 Nov).

Markas Tentera Udara dalam satu kenyataan berkata Kapt Mohamad Affendi Bustamy meninggal dunia dalam nahas itu sementara Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera berada dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

TUDM berkata nahas di Pangkalan Udara Butterworth, itu berlaku kira-kira 10.07 malam pada Selasa ketika kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan malam.

"Kedua-dua juruterbang telah berkahwin dan keluarga telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan.

"Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih. TUDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan insiden ini,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan tengah malam tadi.

Susulan itu, Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan TUDM menjalankan siasatan terperinci susuli insiden dan menyiasat punca kejadian membabitkan pesawat pejuang Hawk 108 yang berlaku malam tadi.

Beliau berkata insiden itu dimaklumkan kepadanya oleh Panglima TUDM Jen Ackbal Abdul Samad menerusi panggilan telefon.

“Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan cedera...amat sedih dan dukacita terima berita ini. Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera,” kongsi beliau menerusi Twitter, tengah malam ini.

Beliau berkata Kementerian Pertahanan telah diarahkan untuk menyalurkan keperluan kepada kedua-dua anggota yang terbabit dalam insiden itu.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan