Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesawat penerbangan Arab Saudi mendarat di Qatar buat julung kalinya sejak 2017

Pesawat milik syarikat penerbangan Arab Saudi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad Qatar pada Isnin malam (11 Jan)buat julung kalinya sejak 2017 selepas kedua-dua negara jiran itu menandatangani perjanjian damai.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat penerbangan Arab Saudi mendarat di Qatar buat julung kalinya sejak 2017

(Gambar hiasan: Bernama)

Diterbitkan : 12 Jan 2021 06:33PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 06:36PM

DOHA: Pesawat milik syarikat penerbangan Arab Saudi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad Qatar pada Isnin malam (11 Jan)buat julung kalinya sejak 2017 selepas kedua-dua negara jiran itu menandatangani perjanjian damai.

"Susulan perjalanan semula antara #Riyadh dan #Doha, @Saudi_Airlines pertama tiba di @HIAQatar petang ini. #SAUDI," Agensi Anadolu memetik Qatar Airways di Twitter, berkongsi gambar penumpang Arab Saudi.

Ia menambah penerbangan dari bandar Jeddah dan Dammam, Arab Saudi juga akan disambung semula dalam beberapa hari lagi.

Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain juga mengumumkan pesawat penumpang Qatar Airways menggunakan ruang udara mereka.

Minggu lalu, Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir menandatangani perjanjian damai dengan Qatar semasa Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk di kota al-Ula, Saudi.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan