Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesawat muatan Indonesia terhempas; 3 anak kapal hilang

Sebuah pesawat kargo kecil yang membawa tiga anak kapal terhempas di kawasan pergunungan wilayah Papua pada Rabu (15 Sep), menurut pihak polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat muatan Indonesia terhempas; 3 anak kapal hilang

Pesawat kargo kecil terhempas di pergunungan wilayah Papua pada 15 September. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Sep 2021 08:11PM Dikemas Kini : 15 Sep 2021 08:19PM

JAKARTA: Sebuah pesawat kargo kecil yang membawa tiga anak kapal terhempas di kawasan pergunungan wilayah Papua pada Rabu (15 Sep), menurut pihak polis.

Pesawat Rimbun Air itu terputus hubungan dengan penguasa kawalan udara sejurus sebelum ia dijadual mendarat di sebuah lapangan terbang di daerah Intan Jaya di Papua, menurut polis dan para pegawai pengangkutan.

"Cuaca di lapangan terbang juga tidak membantu, pesawat tersebut sepatutnya mendarat tetapi landasan tidak dapat dilihat dengan jelas," menurut jurucakap polis Papua, Ahmad Mustofa Kamal, sambil menambah bahawa operasi mencari anak kapal seramai tiga orang itu sedang dijalankan.

Bangkai pesawat Twin Otter 300 itu ditemui oleh para penduduk lebih tiga jam kemudian berhampiran sebuah kampung di kawasan pergunungan Papua.

Gambar-gambar yang dikeluarkan oleh pasukan penyelamat pada Rabu menunjukkan serpihan-serpihan bertaburan di lantai hutan.

Sektor penerbangan Indonesia yang berkembang pusat sudah lama dicemari oleh masalah keselamatan, dengan syarikat-syarikat penerbangannya pernah diharamkan daripada ruang udara Amerika Syarikat dan Eropah.

Sebuah pesawat Boeing 737-500 yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Indonesia, Sriwijaya Air, menjunam kira-kira 3,000 meter dalam masa kurang seminit sebelum terhempas di perairan Jakarta awal tahun ini, mengorbankan 62 orang di dalam pesawat malang itu.

Pada Oktober 2018 pula, 189 orang terkorban apabila jet Boeing 737 MAX Lion Air terhempas tidak jauh dari Jakarta.

Sumber : AFP/IH/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan