Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesawat Malindo Airlines terbabas dari landasan Nepal

Sebuah pesawat syarikat penerbangan Malindo Malaysia terbabas semasa hendak berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu ibu kota Nepal.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Apr 2018 07:23PM Dikemas Kini : 21 Apr 2018 12:21AM

NEPAL: Sebuah pesawat syarikat penerbangan Malindo Malaysia terbabas semasa hendak berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu ibu kota Nepal.

Insiden itu berlaku lewat malam semalam (19 Apr).

Jurucakap lapangan terbang menerangkan bahawa juruterbangnya membuat keputusan untuk membatalkan proses berlepas setelah mengesan sesuatu masalah ketika pesawat ini bergerak laju. Pesawat Boeing 737 itu membawa 139 orang tetapi tiada yang cedera.

Lapangan terbang itu pula terpaksa ditutup lebih 12 jam sehingga menjelang tengah hari tadi (20 Apr), menyebabkan ratusan penumpang terkandas.

Insiden itu berlaku sebulan selepas pesawat US-Bangla Airways terhempas di Lapangan Terbang Kathmandu, mengorbankan 51 orang.

Kemalangan adalah perkara biasa di Nepal, yang dikenali dengan rekod teruk dari segi keselamatan penerbangan. Syarikat-syarikat penerbangan Nepal juga dilarang membuat penerbangan di ruang udara Kesatuan Eropah. 

Sumber : AFP/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan