Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesawat Lion Air tergelincir di lapangan terbang Pontianak

Sebuah pesawat penumpang Lion Air tergelincir dari landasan ketika hujan lebat semasa cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio, di Pontianak, hari ini (16 Feb), menurut syarikat penerbangan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Lion Air tergelincir di lapangan terbang Pontianak

(Gambar: Twitter/Kamto_Adi)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 08:31PM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 08:34PM

JAKARTA: Sebuah pesawat penumpang Lion Air tergelincir dari landasan ketika hujan lebat semasa cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio, di Pontianak, hari ini (16 Feb), menurut syarikat penerbangan tersebut.

Ia menambah tiada orang cedera dalam kejadian itu.

Pesawat itu sedang dalam penerbangan dari Jakarta menuju Pontianak dan membawa 182 penumpang dan tujuh anak kapal, menurut jurucakap Lion Air, Danang Mandala Prihantoro dalam satu kenyataan.

Pesawat Boeing 737-800NG itu tergelincir melepasi landasan ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio, hab lapangan terbang serantau di Kalimantan Barat yang mengendalikan sebilangan kecil penerbangan antarabangsa.

Media tempatan melaporkan kejadian tersebut menyebabkan landasan berkenaan ditutup. Para wakil lapangan terbang Supadio serta penyedia kawalan trafik udara Indonesia AirNav, tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk memberi komen.

Lion Air, peneraju pasaran di Indonesia berdepan dengan tragedi nahas pesawat Boeing 737 MAS pada Oktober lalu. Menurut Rangkaian Keselamatan Penerbangan, syarikat itu mempunyai 11 kejadian berkaitan keselamatan sejak 2002.

Encik Prihantoro berkata semua penumpang dan anak kapal sudah dipindahkan dengan selamat dan pesawat itu dilaporkan memenuhi syarat pendaratan dalam keadaan hujan. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan