Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesawat Jetstar berpatah balik setelah cermin kokpit retak

Sebuah pesawat Jetstar dari Sydney ke Bali terpaksa berpatah balik dan mendarat di Melbourne selepas para juruterbangnya dilaporkan ternampak kesan retak pada cermin kokpit.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Jetstar berpatah balik setelah cermin kokpit retak

Gambar fail pesawat Jetstar. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 19 Sep 2019 03:45PM Dikemas Kini : 19 Sep 2019 03:48PM

NEW ZEALAND: Sebuah pesawat Jetstar dari Sydney ke Bali terpaksa berpatah balik dan mendarat di Melbourne selepas para juruterbangnya dilaporkan ternampak kesan retak pada cermin kokpit.

Kejadian itu berlaku selepas tiga jam pesawat berada dalam penerbangan yang sepatutnya mengambil masa 7 jam, menurut portal berita, stuff.

Juruterbang berkenaan dilaporkan ternampak keretakan pada cermin kokpit ketika ia sedang terbang di Wilayah Utara.

Pesawat itu yang berlepas dari Sydney pada Rabu (18 Sep) jam 5 petang (waktu tempatan), berpatah balik dan mendarat di Tullamarine tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Syarikat penerbangan tersebut menyatakan pesawat berkenaan terpaksa dilencongkan sebagai langkah berjaga-jaga dan ia tidak mencetuskan keadaan cemas dalam pesawat, lapor stuff.

Sesetengah penumpang menggunakan wadah media sosial untuk bertanyakan mengapa pesawat itu tidak mendarat di Darwin. Syarikat penerbangan itu menjawab ia terpaksa mendarat di Melbourne kerana ia adalah lapangan terbang yang terdekat di mana kerja pembaikan yang perlu boleh dilakukan.

Seorang jurucakap Jetstar memberitahu portal Nine: "Meskipun tiada sebarang masalah pada struktur pesawat, keputusan untuk berpatah balik ke Melbourne adalah sebagai langkah berjaga-jaga."

Para penumpang pesawat itu kemudian dipindahkan ke penerbangan lain. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan