Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesawat Etihad Airways berpatah balik ke Abu Dhabi akibat masalah enjin

Sebuah pesawat penumpang penerbangan Etihad Airways Emiriah Arab Bersatu (UAE) berpatah balik disebabkan masalah enjin, sejurus berlepas dari lapangan terbang di Abu Dhabi pada awal pagi Rabu (5 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Etihad Airways berpatah balik ke Abu Dhabi akibat masalah enjin

Gambar Hiasan. (Gambar: Reuters/Jacky Naegelen)

Diterbitkan : 05 Sep 2018 10:44PM Dikemas Kini : 05 Sep 2018 10:48PM

DUBAI: Sebuah pesawat penumpang penerbangan Etihad Airways Emiriah Arab Bersatu (UAE) berpatah balik disebabkan masalah enjin, sejurus berlepas dari lapangan terbang di Abu Dhabi pada awal pagi Rabu (5 Sep), lapor Xinhua menukil akhbar harian The Nasional.

Pesawat Airbus A330 itu dalam penerbangan dari Abu Dhabi ke Jakarta, Indonesia dan terpaksa berpatah balik, menurut wakil Etihad.

Menerusi twitter seorang penumpang di pesawat Etihad, mengatakan berlaku letupan di enjin sebelah kanan pesawat menyebabkan pesawat berada dalam keadaan tidak stabil selama beberapa saat.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan