Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesawat Boeing ini 'bertenggek' di tebing pantai Bali untuk pikat pelancong

Sebuah pesawat penumpang Boeing yang tidak lagi digunakan dipamerkan di tebing pantai di Bali untuk menarik para pelancong ke pulau peranginan Indonesia itu, yang terjejas oleh koronavirus.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Boeing ini 'bertenggek' di tebing pantai Bali untuk pikat pelancong

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Sep 2021 02:41PM Dikemas Kini : 16 Sep 2021 02:43PM

BALI: Sebuah pesawat penumpang Boeing yang tidak lagi digunakan dipamerkan di tebing pantai di Bali untuk menarik para pelancong ke pulau peranginan Indonesia itu, yang terjejas oleh koronavirus.

Lebih puluhan pekerja menggunakan kren untuk memasang bahagian-bahagian pesawat Boeing 737 itu di tebing berhampiran pulau Nyang Nyang minggu ini.

Felix Demin, pemilik baru pesawat itu, merancang untuk mengubah pesawat tersebut menjadi tempat penginapan pelancong dan menjangkakan ia akan menjadi tempat popular untuk memetik gambar.

Demin berkata beliau berharap daya tarikan itu akan bantu menghidupkan semula sektor pelancongan kawasan tersebut, yang terjejas teruk sejak sempadan Indonesia ditutup kepada pelawat antarabangsa pada 2020 kerana pandemik COVID-19.

Usahawan dari Rusia yang juga penduduk Bali itu memberitahu AFP bahawa pesawat yang sudah dipisahkan bahagian-bahagiannya itu pada mulanya mahu dijual sebagai sisa besi kepada China apabila beliau membelinya.

Ia mengambil masa seminggu untuk memindahkan bahagian-bahagian pesawat itu ke tebing tersebut setelah mendapatkan permit akses sewajarnya, katanya.

Demin berkata projek itu memberi harapan untuk memulihkan semula pelancongan di Bali. Namun sesetengah pengguna media sosial meluahkan rasa bimbang ia akan merosakkan pemandangan di tepi laut.

Pihak berkuasa di Bali melonggarkan beberapa sekatan pada minggu ini setelah pulau itu menyaksikan lonjakan dalam jumlah kes jangkitan dan kematian angkara COVID-19 pada Julai dan Ogos.

Sebelum ini, Bali menarik jutaan pelancong asing setiap tahun dan sedang melancarkan pelan agresif vaksinasi untuk cuba merancakkan semula sektor pelancongan, yang amat penting bagi ekonomi.

Bagaimanapun, tiada tarikh yang disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia tentang potensi pembukaan semula sempadan negara itu kepada para pelancong.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan