Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesawat Air New Zealand terpaksa patah balik; tiada kebenaran mendarat di China

Pesawat Air New Zealand yang sedang dalam perjalanan dari Auckland ke Shanghai terpaksa berpatah balik setelah lima jam di udara kerana tidak mempunyai kebenaran untuk mendarat di China, menurut para pegawai pada Ahad (10 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Air New Zealand terpaksa patah balik; tiada kebenaran mendarat di China

Pesawat Air New Zealand. (Gambar: Daniel Slim/AFP)

Diterbitkan : 10 Feb 2019 09:37PM Dikemas Kini : 10 Feb 2019 09:40PM

WELLINGTON: Pesawat Air New Zealand yang sedang dalam perjalanan dari Auckland ke Shanghai terpaksa berpatah balik setelah lima jam di udara kerana tidak mempunyai kebenaran untuk mendarat di China, menurut para pegawai pada Ahad (10 Feb).

Penerbangan NZ289 yang membawa 270 penumpang, berlepas dari Auckland sejurus sebelum tengah malam pada Sabtu dan sebaliknya pulang sekitar jam 10.00 pagi pada Ahad.

Menurut para penumpang, juruterbang pesawat itu memaklumkan mereka bahawa pesawat Air New Zealand itu tidak dibenarkan mendarat di China dan perlu berpatah balik ke Auckland.

"Di tengah-tengah penerbangan kami, juruterbang memaklumkan kami bahawa pihak berkuasa China tidak membenarkan pesawat mendarat, maka itu ia perlu berpatah balik. Satu isu permit," beritahu Encik Hundman, seorang penumpang kepada New Zealand Herald.

"Saya akan terkejut jika Air NZ sudah membenarkan sebuah pesawat yang penuh dengan penumpang untuk berlepas tanpa begitu pasti sama ada ia dapat mendarat di Shanghai," menurut penolong profesor di Universiti New York Shanghai.

Setelah kembali ke Auckland, syarikat penerbangan itu menghantar kiriman mesej kepada para penumpang untuk memberitahu bahawa jadual penerbangan itu sudah diubah dan akan berlepas pada sebelah malam Ahad.

Kementerian Ehwal Luar China tidak memberikan sebarang komen apabila dihubungi oleh Reuters. Panggilan telefon kepada jabatan pentadbiran penerbangan awam juga tidak dijawab.

Air New Zealand memohon maaf kepada para penumpang dan ia turut mendedahkan bahawa sebuah pesawat akan membawa mereka ke Shanghai pada jam 11.00 malam pada Ahad.

Sumber : AFP/Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan