Pesawat Air France buat pendaratan cemas gara-gara penumpang buat kacau
Sebuah pesawat Air France yang dalam penerbangan dari Paris ke New Delhi membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sofia di Bulgaria.
SOFIA, Bulgaria: Sebuah pesawat Air France yang dalam penerbangan dari Paris ke New Delhi membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sofia di Bulgaria pada Jumaat (5 Mac) disebabkan seorang penumpang yang membuat kacau.
Demikian menurut para pegawai Bulgaria hari ini (6 Mac).
Penumpang itu, seorang rakyat India, mula membuat perangai sebaik sahaja pesawat berlepas. Dia bertengkar dengan penumpang lain, menyerang seorang kru kabin dan mengetuk kuat pintu kokpit, kata Ivailo Angelov, seorang pegawai Agensi Siasatan Nasional.
Tindakan ganasnya itu menyebabkan juruterbang membuat pendaratan kecemasan di Sofia.
Lelaki itu yang namanya tidak didedahkan kemudian dibawa keluar dari pesawat dan didakwa atas kesalahan membahayakan keselamatan penerbangan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.
Pesawat Air France itu kemudian menyambung penerbangan ke New Delhi.
"Kami sedang menyiasat tindakan dan motif lelaki itu," kata Encik Angelov kepada wartawan.
"Tidak ada penjelasan munasabah bagi perbuatannya itu," tambah beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.