Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesawat Air Canada buat pendaratan cemas di Hawaii akibat gelora udara

Para penumpang yang ketakutan menggambarkan keadaan di mana mereka tercampak daripada tempat duduk mereka dalam pesawat Air Canada apabila ia mengalami gelora udara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Air Canada buat pendaratan cemas di Hawaii akibat gelora udara

Pesawat Air Canada buat pendaratan cemas di Hawaii. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 12 Jul 2019 10:14AM Dikemas Kini : 12 Jul 2019 10:17AM

MONTREAL: Para penumpang yang ketakutan menggambarkan keadaan di mana mereka tercampak daripada tempat duduk mereka dalam pesawat Air Canada apabila ia mengalami gelora udara. Insiden itu berlaku semasa pesawat tersebut sedang dalam perjalanan ke Australia pada Khamis (11 Jul) dan terpaksa melakukan pendaratan darurat.

Pesawat AC33 dari Vancouver ke Sydney mengalami masalah sekitar dua jam selepas Hawaii dan berpatah balik ke Honolulu, menurut syarikat itu dalam kenyataannya.

Boeing 777-200 mendarat "seperti biasa" pada sekitar 6.45 pagi (12.45 pagi pada Jumaat, waktu Singapura). Kenyataan itu menambah bahawa "seramai 35 penumpang mengalami cedera ringan".

Penumpang Jess Smith, memberitahu stesen televisyen tempatan KHON bahawa "kami semua terkena bahagian bumbung dan segalanya terjatuh... para penumpang turut tercampak".

Pesawat itu tiba-tiba menjunam dan "beberapa penumpang yang tidak memakai tali keledar, tercampak daripada tempat duduk mereka dan kepala mereka terhentak bumbung... ia agak dahsyat", menurut seorang lagi penumpang, yang dikenali sebagai Encik Fais Asad kepada KHON.

Pesawat itu membawa 269 penumpang dan 15 anak kapal.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan