Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesara tentera tidak mengaku bersalah cabul anak angkatnya

Seorang pesara tentera tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini (12 Jul), atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap anak angkatnya, berusia 17 tahun pada 6 Julai lepas. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pesara tentera tidak mengaku bersalah cabul anak angkatnya

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 12 Jul 2019 01:06PM Dikemas Kini : 12 Jul 2019 01:07PM

SEREMBAN: Seorang pesara tentera tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini (12 Jul), atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap anak angkatnya, berusia 17 tahun pada 6 Julai lepas.

Tertuduh berusia 64 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Junaidah Mohd Isa.

Lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas anak angkatnya di sebuah rumah di Bandar Springhill, Rantau kira-kira 9.00 malam pada 6 Julai.

Dia dituduh di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak tidak menawarkan jaminan, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Joseph Mathews merayu agar ikat jamin rendah diberikan dengan alasan tertuduh menghidap sakit jantung dan kencing manis.

Cik Junaidah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 (S$2,640) dengan seorang penjamin dan diperintahkan melaporkan diri setiap 15 hari bulan di balai polis berhampiran serta menetapkan 19 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Cik Junaidah turut mengarahkan tertuduh dan keluarga tertuduh tidak menghampiri dan berkomunikasi dengan mangsa.

Pada 6 Julai lalu, polis menahan lelaki warga emas yang disyaki mencabul anak angkatnya sejak setahun lalu selepas remaja itu membuat aduan polis.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed berkata perbuatan sumbang itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada guru sekolah sebelum dibawa membuat aduan polis. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan