Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesakit meninggal dunia setelah pengawal keselamatan lakukan pembedahan

Seorang wanita berusia 80 tahun meninggal dunia setelah seorang bekas pengawal keselamatan di sebuah hospital di Pakistan, menyamar menjadi seorang doktor dan menjalankan pembedahan ke atasnya, menurut polis pada Isnin (7 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:
Pesakit meninggal dunia setelah pengawal keselamatan lakukan pembedahan

Insiden itu berlaku di Lahore, timur Pakistan. (Gambar: Arif ALI/AFP)

Diterbitkan : 08 Jun 2021 11:44AM Dikemas Kini : 08 Jun 2021 11:45AM

LAHORE: Seorang wanita berusia 80 tahun meninggal dunia setelah seorang bekas pengawal keselamatan di sebuah hospital di Pakistan, menyamar menjadi seorang doktor dan menjalankan pembedahan ke atasnya, menurut polis pada Isnin (7 Jun).

Shameema Begum meninggal dunia pada Ahad, dua minggu selepas Muhammad Waheed Butt cuba merawat luka di bahagian belakang badannya di sebuah hospital awam di bahagian timur Lahore.

"Kita tidak boleh memantau apa yang setiap doktor atau setiap orang lakukan. Ia sebuah hospital yang besar," jelas seorang pegawai urus tadbir Hospital Mayo Lahore yang tidak mahu namanya didedahkan.

Dia berkata tidak jelas jenis pembedahan yang dijalankan dan ia dilakukan dalam bilik pembedahan di mana seorang juruteknik bertauliah ada bersamanya.

Hospital awam Pakistan di mana para pesakit perlu membayar wang untuk mendapatkan rawatan selalunya sibuk dan keadaannya kucar-kacir.

Keluarga Begum membayar Butt untuk melakukan pembedahan tersebut dan dua rawatan susulan di rumah untuk mencuci dan membalut lukanya.

Namun apabila pendarahan dan rasa sakit semakin teruk, keluarga itu membawa semula Begum ke hospital di mana mereka mendapat tahu apa yang terjadi sebenarnya.

Bedah siasat sedang dilakukan bagi menentukan sama ada kematiannya disebabkan oleh komplikasi yang terbit daripada pembedahan tersebut.
"Pengawal keselamatan itu sudah didakwa dan berada dalam tahanan polis," kata jurucakap polis Lahore, Ali Safdar kepada AFP.

Kakitangan Hospital Mayo berkata Butt dibuang kerja dua tahun lalu apabila cuba memeras wang daripada pesakit.

Pada Mei sebelum ini, seorang lagi lelaki ditangkap polis kerana menyamar menjadi doktor di Hospital Besar Lahore dan memeras wang daripada pesakit dalam wad pembedahan.

Pada 2016, seorang wanita pula menyamar menjadi pakar bedah saraf dan menjalankan pembedahan selama lapan bulan di samping doktor-doktor bertauliah di Hospital Perkhidmatan Lahore, kemudahan perubatan kedua terbesar di Pakistan.  

Sumber : AFP/IZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan