Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pertubuhan kemanusiaan seru ASEAN fokus krisis pelarian Rohingya

Krisis membabitkan para pelarian Rohingya wajar menjadi tumpuan utama dalam Sidang Puncak Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-35 di Bangkok, Thailand pada November ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pertubuhan kemanusiaan seru ASEAN fokus krisis pelarian Rohingya

(Gambar: Ed Jones/AFP)

Diterbitkan : 13 Sep 2019 08:23AM Dikemas Kini : 13 Sep 2019 08:28AM

KUALA LUMPUR: Krisis membabitkan para pelarian Rohingya wajar menjadi tumpuan utama dalam Sidang Puncak Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-35 di Bangkok, Thailand pada November ini.

Ketua Misi Medecins Sans Frontières/Doctors without Borders (MSF) Malaysia, Beatrice Lau, berkata setiap pemimpin ASEAN perlu memberi tumpuan kepada isu pengecualian dan diskriminasi terhadap Rohingya dalam perbincangan mereka.

Namun bukan sahaja semasa persidangan itu, malah ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga yang akan berlangsung dari 23 hingga 29 September ini.

"Wilayah Rakhine harus kekal dalam agenda ketika mesyuarat ASEAN dan di Perhimpunan Agung PBB. Dalam kesemua pertemuan ini, semua pemimpin Asia Tenggara perlu sebulat suara menyatakan penyepaduan sebagai penyelesaiannya, bukan pengasingan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis (12 Sep).

Beliau berkata para pemimpin ASEAN seharusnya menunjukkan belas kasihan kepada orang Rohingya serta menggesa Myanmar agar mengambil langkah bagi menamatkan keganasan, diskriminasi dan penganiayaan supaya tragedi itu tidak berlarutan.

"Lebih 900,000 orang Rohingya sedang berlindung di negara Bangladesh sahaja. Jumlah ini termasuk 759,000 orang yang melarikan diri daripada kempen keganasan yang dilancarkan tentera Myanmar di negeri Rakhine bermula pada Ogos 2017.

"Ratusan ribu telah lari ketika episod keganasan terdahulu, ke Indonesia, Thailand dan Malaysia, juga India dan negara-negara lain yang lebih jauh. Ini sememangnya krisis Asia, namun Asia Tenggara harus menunjukkan kepimpinan yang lebih kuat," katanya. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan