Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pertikaian skim pembayaran baru Foodpanda akan dibincang Kabinet, kata Syed Saddiq

Syarikat penghantar makanan dalam talian, foodpanda diminta mengembalikan skim pembayaran terdahulu bagi menyelesaikan kemelut antara pihak pengurusan dan penghantar mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Pertikaian skim pembayaran baru Foodpanda akan dibincang Kabinet, kata Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. (Gambar: Syed Saddiq/Instagram)

Diterbitkan : 02 Oct 2019 09:14AM Dikemas Kini : 02 Oct 2019 09:18AM

KUALA LUMPUR: Syarikat penghantar makanan dalam talian, foodpanda diminta mengembalikan skim pembayaran terdahulu bagi menyelesaikan kemelut antara pihak pengurusan dan penghantar mereka.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditukil BH Online sebagai berkata, ia kerana syarikat berkenaan didapati gagal membela kebajikan penghantar makanan, selain skim pembayaran baru didakwa menindas golongan berkenaan.

Katanya, isu berkaitan skim bayaran baharu penghantar makanan foodpanda yang disifatkan tidak adil itu juga akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet, hari ini (2 Okt).

“Hasil dialog bersama penghantar makanan malam ini, didapati bertentangan dengan keputusan perbincangan bersama pengurusan foodpanda.

“Saya ada bertanya sama ada mereka (foodpanda) mengalami masalah kewangan tetapi pengurusan mereka menafikannya. Seterusnya mereka turut menyatakan penghantar akan mendapat gaji lebih besar melalui skim pembayaran baharu.

“Bagaimanapun, syarikat yang menjana pendapatan hingga ratusan juta ringgit ini gagal membela kebajikan penghantar makanan mereka. Malah, ‘market share’ mereka mencecah hampir 90 peratus,” katanya.

Isu membabitkan penghantar makanan foodpanda tercetus selepas beberapa klip video dan gambar tersebar sejak beberapa hari lalu, antara lain memaparkan mereka melancarkan mogok menyusuli pengenalan kadar baru bayaran untuk pekerja.

Menurut BH Online, lebih 200 penghantar foodpanda dilaporkan mogok pada Isnin (30 Sep) di ibu pejabat foodpanda Malaysia Sdn Bhd dekat Jalan Chan Sow Lin, sebagai membantah skim pembayaran baharu yang didakwa tidak adil.

Menerusi skim lama, penghantar menerima bayaran asas RM4 sejam selain insentif pesanan antara RM3 (S$0.99) hingga RM5 (S$1.65) bagi setiap pesanan, bergantung prestasi individu iaitu kiraan gaji pertama hingga kelima dengan kiraan gaji pertama menerima insentif tertinggi.

Bagaimanapun, menerusi skim pembayaran baru, foodpanda menghapuskan bayaran asas jam bekerja sebaliknya meningkatkan insentif pesanan antara RM4.50 (S$1.49) hingga RM7 (S$2.31) untuk setiap pesanan.

Foodpanda turut menawarkan bonus RM100 (S$33) seminggu jika penghantar dapat melengkapkan tempoh bekerja 60 jam seminggu, termasuk bonus tambahan RM1 (S$0.33) bagi setiap pesanan yang dihantar pukul 11.00 malam hingga 9.00 pagi.

Encik Syed Saddiq berkata, pihaknya turut menerima maklum balas bahawa beberapa penghantar makanan menerima ugutan daripada pihak tertentu sekiranya menyertai mogok dan ia jelas bertentangan dengan undang-undang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebagai penyelesaian jangka panjang, kerajaan perlu menggubal undang-undang baru bagi memantau kebajikan pekerja dalam bidang gig ekonomi, lapor BH Online lagi.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan