Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pertikaian dagang AS-China akan jejas ekonomi kedua-dua negara: PBB

Persidangan PBB mengenai Dagangan dan Pembangunan (UNCTAD) memberi amaran, pertikaian dagangan Amerika-China sekarang ini, akan menjejas juga ekonomi kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Pertikaian dagang AS-China akan jejas ekonomi kedua-dua negara: PBB

(Gambar: AFP/STR)

Diterbitkan : 06 Nov 2019 04:14PM Dikemas Kini : 06 Nov 2019 04:16PM

GENEVA: Persidangan PBB mengenai Dagangan dan Pembangunan (UNCTAD) memberi amaran, pertikaian dagangan Amerika-China sekarang ini, akan menjejas juga ekonomi kedua-dua negara.

Dalam laporan terbarunya, UNCTAD mengatakan kesan-kesan buruk termasuk kemerosotan besar dalam Jumlah eksport dan kenaikan tinggi harga pengguna.

Laporan itu mendapati kebanyakan kos akibat kenaikan tarif akan di ditanggung para pengguna atau firma-firma Amerika sendiri.

Produk-produk yang diimport dari China ke Amerika, berkurangan 25 peratus pada separuh pertama tahun ini.

Walaupun laporan itu tidak memberi perincian tentang kesan kenaikan tarif di China, ia dijangka hampir sama dengan di Amerika.

UNCTAD memberi amaran perang dagangan itu bukan sahaja menjejas Amerika dan China, tetapi akan membawa padah kepada keseluruhan ekonomi dunia.

Sumber : AFP/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan