Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pertemuan sidang puncak kedua Trump, Kim Jong Un selepas pemilihan kongres AS

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Selasa (9 Okt) sidang puncak keduanya bersama pemimpin Korea Utara Kim Jong Un akan diadakan selepas pemilihan kongres Amerika Syarikat pada 6 November.

Anggaran Waktu Membaca:
Pertemuan sidang puncak kedua Trump, Kim Jong Un selepas pemilihan kongres AS

(Gambar fail: Jonathan Ernst/Reuters)

Diterbitkan : 10 Oct 2018 01:48PM Dikemas Kini : 10 Oct 2018 01:52PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata hari ini (10 Okt) sidang puncak keduanya bersama pemimpin Korea Utara Kim Jong Un akan diadakan selepas pemilihan kongres Amerika Syarikat pada 6 November.

Bercakap kepada para wartawan sedang beliau dalam perjalanan ke Iowa bagi satu rapat politik, Presiden Trump berkata: "Ia akan diadakan selepas pertengahan penggal ini. Saya tidak boleh meninggalkan (Amerika Syarikat) buat masa ini."

Sebelum ini, Presiden Trump memberitahu para wartawan bahawa rancangan pertemuan keduanya dengan Encik Kim sedang berkembang dan kemajuan "luar biasa" sudah dicapai berhubung rundingan AS dengan Korea Utara.

Beliau berkata pertemuan Setiausaha Negara Mike Pompeo dengan Encik Kim pada hujung minggu lalu berjalan lancar dan tiga atau empat tempat dipertimbangkan bagi pertemuan akan datang.

Encik Pompeo memberi perkembangan serupa ketika ditemui para wartawan selepas berkunjung ke Rumah Putih.

" Walaupun perjalanan masih jauh dan banyak kerja perlu dilakukan tetapi kami kini boleh melihat laluan di mana kami akan mencapai matlamat pada akhirnya iaitu pelucutan senjata sepenuhnya dan disahkan Korea Selatan," kata Encik Pompeo.

Presiden Trump dan Encik Kim mengadakan sidang puncak bersejarah di Singapura pada 12 Jun lalu di mana Encik Kim berikrar untuk mengusahakan pelucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea.

"Anda tidak melihat sebarang roket dilancarkan, tiada ujian peluru berpandu," kata Presiden Trump. "Ini satu kemajuan yang sangat memberangsangkan.

"Tetapi saya sudah setuju untuk bertemu," katanya. "Kami mempunyai hubungan sangat baik dengan Encik Kim. Saya sukakan beliau, begitu beliau sukakan saya, hubungan kami baik-baik sahaja."  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan