Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pertempuran meletus di Indonesia buat malam kedua berturut-turut

Polis Indonesia menembak peluru getah dan meriam air ke arah para penunjuk perasaan yang mencetuskan kebakaran dan cuba untuk melanggar hadangan dawai berduri pada Rabu (23 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Pertempuran meletus di Indonesia buat malam kedua berturut-turut

Perusuh membaling batu ke arah polis semasa pertempuran di Jakarta pada 22 Mei 2019. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 23 May 2019 12:38AM Dikemas Kini : 23 May 2019 12:42AM

JAKARTA: Polis Indonesia menembak peluru getah dan meriam air ke arah para penunjuk perasaan yang mencetuskan kebakaran dan cuba untuk melanggar hadangan dawai berduri pada Rabu (23 Mei). Ini sedang tunjuk-tunjuk perasaan mengenai keputusan pilihan raya presiden terus diadakan di ibu kota Jakarta buat malam kedua berturut-turut.

Presiden Joko Widodo berkata pada Rabu beliau tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa yang menggangu keselamatan, proses demokratik dan perpaduan Indonesia berikutan rusuhan yang tercetus di Jakarta setelah keputusan pilihan raya rasmi diumumkan.

"Kami tidak akan memberi ruang kepada perusuh-perusuh yang cuba merosakkan negara kita, keadaan perpaduan Republik Indonesia," kata Encik Jokowi kepada wartawan.

"Tidak ada pilihan, tentera dan polis akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang."

Demonstrasi mengenai keputusan pilihan raya presiden bulan lalu membelenggu Jakarta tengah setelah pertempuran antara polis dengan perusuh. Menurut gabenor bandar, enam orang maut manakala 200 lagi cedera.

Encik Widodo berkata sebarang pertikaian pilihan raya perlu diselesaikan di mahkamah.

"Saya menghargai bahawa Encik Prabowo dan Encik Sandi membawa pertikaian ke mahkamah perlembagaan," tambah beliau.

"Saya yakin hakim membuat keputusan berdasarkan fakta."

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum pada Selasa mengesahkan keputusan tidak rasmi dari tinjauan pendapat bebas bagi pilihan raya pada 17 April lalu, yang menunjukkan Presiden Jokowi mendapat 55.5 peratus undi berbanding 44.5% yang diperolehi pencabarnya, mantan jeneral Prabowo Subianto.

Encik Jokowi memenangi lebih 85 juta daripada keseluruhan 154 juta undi dalam negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu namun Encik Probowo memberitahu para wartawan, beliau percaya penipuan meluas telah berlaku. 1,000 penyokongnya berhimpun di Jakarta sehari sebelumnya.

Secara berasingan, Encik Prabowo memintah pihak berkuasa serta para penunjuk perasaan untuk berhenti melakukan dan mengelak daripada sebarang kegiatan keganasan.

"Kami meminta supaya keganasan malam semalam, yang merosakkan reputasi negara, untuk tidak diulangi," kata Encik Prabowo kepada para wartawan.

"Jika diulangi, kami khuatir perpaduan negara kita akan tercalar dan sukar untuk dibaiki." 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan