Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pertarungan sengit dalam pilihan raya pertengahan penggal AS

Kempen untuk memancing undi semakin hangat di Amerika Syarikat menjelang pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa ini (6 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Pertarungan sengit dalam pilihan raya pertengahan penggal AS

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: Mandel Ngan/ AFP)

Diterbitkan : 04 Nov 2018 09:26PM Dikemas Kini : 04 Nov 2018 09:35PM

AMERIKA SYARIKAT: Kempen untuk memancing undi semakin hangat di Amerika Syarikat menjelang pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa ini (6 Nov).

Presiden Donald Trump menghadapi tekanan hebat daripada mantan Presiden Barrack Obama yang giat berkempen di Chicago dan Indiana bagi parti Democrat.

Kedua-dua Dewan Perwakilan dan Senat Amerika kini dikuasai Republican pimpinan Encik Trump.

Bagaimanapun tinjauan pendapat menunjukkan Democrat sedang menggugat kedudukan.

Democrat perlukan 23 kerusi untuk menguasai Dewan Perwakilan dan kemungkinan ini boleh dicapai. Republican pula dijangka mengekalkan majoriti dalam Dewan Senat.

Memandangkan saingan yang semakin hebat daripada pihak Democrat, Presiden Trump menggiatkan kempen di Montana dan Florida.

Berucap di satu rapat, beliau menggesa pengundi supaya membuat pilihan, sama ada untuk terus membina apa yang sudah dicapai pentadbirannya, atau membiarkan pihak Democrat menjerumuskan ekonomi Amerika ke kancah kemusnahan.

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan