Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pertandingan e-sukan masyarakat sebarkan kesedaran ketagihan permainan online

Sebuah pusat kesejahteraan siber di Singapura menyaksikan jumlah kes pengguna ketagih dengan alat peranti masing-masing melonjak seganda lebih tinggi pada tahun lalu berbanding 2015. Permainan online didapati punca utama masalah tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Dec 2019 08:12PM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 10:24PM

SINGAPURA: Sebuah pusat kesejahteraan siber di Singapura menyaksikan jumlah kes pengguna ketagih dengan alat peranti masing-masing melonjak seganda lebih tinggi pada tahun lalu berbanding 2015. Permainan online didapati punca utama masalah tersebut.

Satu pertandingan e-sukan dianjurkan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Timur Laut hari ini (14 Dis) dengan harapan orang ramai akan lebih berpada-pada ketika menggunakan alat peranti mereka.

Seramai 120 belia mengambil bahagian dalam pertandingan e-sukan di Hab Tampines Kita (OTH).

Tidak seperti perlawanan biasa, satu dialog terdahulu diadakan, untuk meningkatkan kesedaran tentang kesejahteraan kesihatan mental dan peri pentingnya untuk elak meluangkan masa bermain permainan online buat terlalu lama.

Panel dialog itu terdiri daripada seorang pemain profesional dan pekerja-pekerja belia.

Mengulas tentang pendekatan tersebut, Datuk Bandar CDC Timur Laut Desmond Choo berkata permainan mudah alih adalah sebahagian daripada masyarakat digital. Ia membolehkan seseorang untuk mengurangkan tekanan dan berehat.

Namun, orang ramai perlu bijak menguruskan masa. Malah, pakar-pakar berkongsi bahawa satu atau dua jam mencukupi untuk main permainan online.   

Sumber : CNA/AQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan