Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pertandingan 6 penjuru dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 16 November bakal menyaksikan pertandingan enam penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gerakan, Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) dan dua orang calon Bebas.

Anggaran Waktu Membaca:
Pertandingan 6 penjuru dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 02 Nov 2019 12:16PM Dikemas Kini : 02 Nov 2019 12:19PM

PONTIAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 16 November bakal menyaksikan pertandingan enam penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gerakan, Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) dan dua orang calon Bebas.

PH yang dalam misi mempertahankan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu, meletakkan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, manakala BN mempertaruhkan bekas penyandang kerusi itu, Dr Wee Jeck Seng, 55, untuk merampas kembali kerusi yang pernah beliau menangi pada Pilihan Raya Umum ke-12 dan 13.

Turut mencuba nasib adalah parti Gerakan yang mencalonkan Timbalan Setiausaha Agung Nasional dan Naib Ketua Wanita Nasional parti itu, Cik Wendy Subramaniam, 38, Presiden Berjasa Dr Badhrulhisham Abdul Aziz, 56, dan dua calon Bebas iaitu Encik Ang Chuan Lock, 49, dan Cik Faridah Aryani Abdul Ghaffar, 43.

Keputusan pencalonan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, Encik Zulkifly Mohd Tahir di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim hari ini (2 Nov) setelah proses pencalonan selama sejam.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan