Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pertama kali dalam 17 tahun, tiada pertempuran dengan Taliban pada Aidilfitri

"Saya tidak rasa akan ada keamanan di Afghanistan. Kami menyaksikan meningkatnya serangan yang dilancarkan setiap hari," ujar Imran, 13 tahun. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pertama kali dalam 17 tahun, tiada pertempuran dengan Taliban pada Aidilfitri

Rakyat tempatan meraikan tibanya Syawal di Afghanistan. (Gambar: Zakeria Hashimi/ AFP)

Diterbitkan : 15 Jun 2018 11:41PM Dikemas Kini : 15 Jun 2018 11:42PM

KABUL: Para penduduk Afghan menyambut ketibaan Syawal dengan menunaikan solat Aidilfitri pada Jumaat (15 Jun) dengan lebih manis. Ini kerana buat pertama kalinya sejak serangan pimpinan Amerika Syarikat pada 2001, kumpulan militan Taliban bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata.

Ramai yang berpusu-pusu ke masjid pada pagi Syawal dan ramai, khususnya golongan muda, melihat sinar harapan menyusuli pengumuman tentang gencatan senjata amtara pasukan keselamatan Afghan dengan militan-militan.

"Pada setiap Aidilfitri, selalu ada serangan yang dilancarkan - ini merupakan sambutan yang istimewa di mana tiada keganasan yang berlaku," kata Samiullah yang hidup berlatarkan konflik di negara itu sejak beliau dilahirkan. Remaja 17 tahun itu ditemui para wartawan selepas menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Shah-e Do Shamshira di tengah Kabul.

"Kami nantikan kedamaian di Afghanistan," katanya.

Ini juga diharapkan Sohrab Ahmad yang berusia 14 tahun dan bekerja sebagai penggilap kasut di luar masjid berkenaan. Menurutnya, belum pernah terjadi sebelum ini di mana tiada pertempuran berlangsung pada Aidilfitri.

"Saya percaya akan ada kedamaian antara Taliban dengan kerajaan Afghanistan," katanya.

Namun, tidak semua berfikir sedemikian.

"Saya tidak rasa akan ada keamanan di Afghanistan. Kami menyaksikan meningkatnya serangan yang dilancarkan setiap hari," ujar Imran, 13 tahun.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Mohammad Radmanesh berkata bahawa sejauh ini tiada laporan tentang serangan Taliban terhadap tentera Afghan sejak awal hari ini (15 Jun).

Presiden Ashraf Ghani mengumumkan minggu lalu bahawa polis dan pasukannya akan menghentikan operasi terhadap Taliban selama lapan hari, bermula Selasa (12 Jun) - namun beliau memberi amaran bahawa operasi terhadap kumpulan lain, termasuk ISIS, akan diteruskan.

Taliban menyatakan Sabtu lalu (9 Jun) bahawa anggotanya akan berhenti menyerang pasukan keselamatan Afghan bagi tiga hari pertama Aidilfitri. Ini merupakan kali pertama Taliban mengisytiharkan gencatan senjatan merata negara dalam konflik yang berlangsung selama 17 tahun.

Ia menyatakan bahawa serangan ke atas pasukan NATO yang dipimpin Amerika Syarikat, bagaimanapun, akan diteruskan. 

Sumber : Agensi berita/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan