Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Persaingan bilang penjuru, sempadan kawasan undi diubah ancam kuasa pembangkang di Selangor

Pihak pembangkang Malaysia berharap untuk mengekalkan kuasa di Selangor selepas berjaya membentuk kerajaan negeri, lima tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 May 2018 09:29PM Dikemas Kini : 09 May 2018 10:15PM

SELANGOR: Pihak pembangkang Malaysia berharap untuk mengekalkan kuasa di Selangor selepas berjaya membentuk kerajaan negeri, lima tahun lalu.

Namun, memandangkan banyak kerusi melibatkan persaingan berbilang penjuru dan perubahan kepada persempadanan kawasan undi, ada keprihatinan jumlah kerusi yang dimenangi kali ini mungkin berkurangan.

Selangor adalah negeri paling kaya di Malaysia dan salah satu daripada tiga negeri yang dikuasai pihak pembangkang.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali yang mengundi di sekolah di Jalan Genting Klang ini, pagi tadi (9 Mei) berpendapat bahawa Pakatan Harapan akan mengekalkan kuasa di Selangor dan Pulau Pinang.

Namun kali ini, PAS terus memecahbelahkan undi pembangkang dan mencetuskan banyak persaingan tiga penjuru termasuk yang dihadapi Datuk Seri Azmin.

Kerusi parlimen Gombak menyaksikan persaingan tiga penjuru manakala DUN Bukit Antarabangsa ada empat calon termasuk adik Datuk Seri Azmin, Azwan Ali.

Menteri Besar Selangor itu perlu mengekalkan kerusi DUN yang dimenanginya 5 tahun lalu untuk terus memimpin kerajaan negeri jika menang.

"Orang-orang tempatan banyak menyokong dia kerana dari segi latar belakang dan rekod pencapaiannya," kata seorang pengundi.

Para penganalisis menjangkakan pihak pembangkang akan terus berkuasa di Selangor tetapi ia mungkin kehilangan lebih banyak kerusi kepada Barisan Nasional (BN).

Sumber : Agensi berita/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan