Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perompak buat sarapan, suruh pemilik rumah 'sambung tidur'

Seorang perompak sempat menyiapkan makanan dalam rumah yang dicerobohinya di Florida baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Perompak buat sarapan, suruh pemilik rumah 'sambung tidur'

(Gambar hiasan: fancycrave1/Pixabay)

Diterbitkan : 11 Sep 2019 10:13PM Dikemas Kini : 11 Sep 2019 10:18PM

FLORIDA: Seorang perompak sempat menyiapkan makanan dalam rumah yang dicerobohinya di Florida baru-baru ini.

Agensi berita AP melaporkan kejadian pada awal September apabila sebuah rumah di Florida dirompak pada sekitar 4.00 pagi.

Pemilik rumah tersebut memberitahu pihak polis bahawa apabila terjaga, beliau melihat seorang lelaki sedang masak dan makan pada dini pagi itu.

Fox 13 menukil polis sebagai berkata bahawa suspek tersebut, dikenal pasti sebagai Gavin Crim, 19 tahun, dipercayai memasuki rumah itu dari pintu belakang yang tidak dikunci.

Apabila pemilik rumah bersemuka dengannya, Crim memberitahu mangsa supaya "sambung tidur".

Crim kemudian melarikan diri apabila pemilik rumah itu menghubungi polis. Suspek tersebut bagaimanapun dapat dikesan polis di kawasan belukar berdekatan dengan tempat kejadian.

Menurut AP, laporan polis menyatakan suspek itu mungkin di bawah pengaruh alkohol.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan