Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pernikahan remaja perempuan 11 tahun tanpa kebenaran majlis agama Narathiwat

Pernikahan remaja perempuan berusia 11 tahun di Narathiwat adalah perkara melampau

Anggaran Waktu Membaca:
Pernikahan remaja perempuan 11 tahun tanpa kebenaran majlis agama Narathiwat

Gambar hiasan (Gambar fail: BERITAmediacorp)

Diterbitkan : 03 Jul 2018 11:41PM Dikemas Kini : 03 Jul 2018 11:45PM

NARATHIWAT: Majlis Agama Islam Narathiwat mendapati pernikahan antara remaja perempuan 11 tahun dengan lelaki 41 tahun yang tular di media sosial Malaysia baru-baru ini, dilakukan tanpa kebenaran majlis agama di wilayah selatan Thailand itu.

Menurut Yang Dipertuanya Safei Cheklah pernikahan itu dilakukan oleh seorang imam di Kampung Padang Nyor, Mukim Munok, Sungai Golok di wilayah Narathiwat yang terletak di sempadan Thailand-Malaysia.

Beliau menambah bahawa pihak wali kepada pernikahan itu adalah ayah kanak-kanak perempuan itu sendiri tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak. Difahamkan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak perempuan itu adalah warga Thailand.

Menurut Safei, perkahwinan itu tidak salah dari segi syarak tetapi ia adalah salah mengikut undang-undang Malaysia.

Dalam pada itu, beliau juga berkata bahawa sehingga hari ini perkahwinan itu belum lagi didaftarkan di Majlis Agama Islam Narathiwat.

Seorang anggota jawatankuasa majlis yang enggan dikenali berkata, tindakan imam terbabit menikahkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu adalah sesuatu yang melampau.

“Mana-mana imam boleh melakukan pernikahan jika cukup syarat tetapi budak perempuan berusia 11 tahun tidak patut dinikahi kerana ia boleh merosakkan kepercayaan masyarakat dan kerajaan Malaysia terhadap Majlis Agama Islam Narathiwat,” kata anggota jawatankuasa majlis berkenaan.

Sumber : Bernama/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan