Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perniagaan kekal tutup pada hari ke-3 bantahan di Sudan

Kedai-kedai dan perniagaan kekal ditutup dan penduduk rata-rata tidak keluar rumah di ibu kota Sudan pada Selasa (11 Jun), sedang kempen bantahan awam secara aman merata negara memasuki hari ketiga.

Anggaran Waktu Membaca:
Perniagaan kekal tutup pada hari ke-3 bantahan di Sudan

Lebih 100 terkorban dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Sudan dan penunjuk perasaan yang menuntut pemerintahan awam. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Jun 2019 08:38PM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 08:52PM

KHARTOUM: Kedai-kedai dan perniagaan kekal ditutup dan penduduk rata-rata tidak keluar rumah di ibu kota Sudan pada Selasa (11 Jun), sedang kempen bantahan awam secara aman merata negara memasuki hari ketiga.

Bantahan diadakan sejak Ahad bagi memberi tekanan terhadap pemerintahan tentera, hampir seminggu sejak puluhan terbunuh dalam satu tindakan oleh pasukan keselamatan terhadap para penunjuk perasaan yang berhimpun di luar pangkalan tentera di Khartoum untuk menuntut pemerintahan awam.

Pada hari kedua khidmat internet seluruh negara dihadang buat beberapa jam.

Pada Selasa, bas-bas awam membawa penumpang di beberapa kawasan ibu kota namun kawasan utama perniagaan dan komersil di Khartoum kekal tutup pada sebelah pagi, menurut seorang wartawan AFP.

Kenderaan membawa mesingan kepunyaan Rapid Support Forces (Pasukan Sokongan Pantas) - kumpulan separa tentera yang dituduh oleh para saksi dan penunjuk perasaan sebagai dalang tindakan keras - kelihatan meronda beberapa kawasan di kota.

Jalan-jalan raya kelihatan lengang berbanding biasa.

Penunjuk-penunjuk perasaan secara aman berkata gerakan itu berjaya setakat ini.

"Ini menunjukkan apa yang kita (orang awam) boleh lakukan secara aman," menurut seorang penunjuk perasaan Ishraga Mohamed.

"Kempen sebegini tidak mengakibatkan korban nyawa namun pada masa yang sama memberi tekanan terhadap majlis tentera. Kami akan teruskan sehingga matlamat tercapai," beliau memberitahu AFP.

Kempen tunjuk perasaan secara aman dianjurkan selepas beberapa lelaki memakai seragam tentera bertindak keras terhadap para penunjuk perasaan yang berminggu-minggu berhimpun di luar kompleks tentera pada 3 jun.

Tunjuk perasaan sejak itu mengakibatkan 118 orang terbunuh, menurut para doktor yang terlibat dalam kempen itu. Kementerian kesihatan menyatakan 61 orang terkorban di merata negara pada 3 Jun, termasuk 49 akibat "tembakan peluru hidup" di Khartoum.

Pemimpin penunjuk perasaan secara tetap menyeru para jeneral untuk menyerah kembali kuasa kepada pihak awam.

Para jeneral tersebut menjadi pemimpin negara selepas Omar al-Bashir digulingkan pada 11 April, menyusuli bantahan berbulan-bulan terhadap pemerintahan kuku besi beliau selama tiga dekad.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan