Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Permohonan maaf selepas surat tertuduh serangan masjid NZ terlepas keluar

Jabatan Pemulihan New Zealand membuat permohonan maaf pada Khamis (15 Ogos) selepas suspek utama tragedi tembakan di dua masjid Christchurch dibenarkan menghantar surat dari penjara. Surat itu mengandungi kandungan berunsur kebencian dan dikongsi oleh seorang penyokongnya di wadah online.

Anggaran Waktu Membaca:
Permohonan maaf selepas surat tertuduh serangan masjid NZ terlepas keluar

Brenton Tarrant didakwa atas tuduhan membunuh berhubung serangan pengganas yang dilancarkan ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand. (Gambar: Mark Mitchell/New Zealand Herald/Reuters)

Diterbitkan : 16 Aug 2019 09:12AM Dikemas Kini : 16 Aug 2019 09:16AM

WELLINGTON : Jabatan Pemulihan New Zealand membuat permohonan maaf pada Khamis (15 Ogos) selepas suspek utama tragedi tembakan di dua masjid Christchurch dibenarkan menghantar surat dari penjara. Surat itu mengandungi kandungan berunsur kebencian dan dikongsi oleh seorang penyokongnya di wadah online.

Warga Australia, Brenton Tarrant kini ditahan di penjara dengan kawalan keselamatan maksimum di Auckland sementara menanti untuk dibicarakan atas kesalahan membunuh 51 jemaah yang sedang menunaikan solat Jumaat, iaitu tragedi tembakan beramai-ramai terburuk dalam sejarah moden New Zealand.

Meskipun pemerintah New Zealand berikrar untuk menyekat Tarrant dari menyebarkan sebarang ucapan bersifat kebencian, para pegawai pemulihan mendedahkan bahawa suspek dibenarkan menghantar emel dari penjara.

Salah satu daripada surat pelampau haluan kanan kulit putih itu dialamatkan kepada seorang lelaki warga Rusia yang dikenali sebagai Alan dan disiarkan di laman web 4Chan.

Ditulis dengan huruf besar, nota setebal enam muka surat itu menceritakan mengenai lawatan Tarrant ke Rusia pada 2015 dan kekaguman tertuduh terhadap fasis dari Britain, Oswald Mosley.

Perdana Menteri Jacinda Ardern yang sebelum ini berikrar enggan menyebut nama Tarrant amat marah apabila surat itu berjaya melepasi sistem tapisan jabatan pemulihan.

“Jabatan Permulihan sendiri mengakui kesilapan ini. Individu terbabit tidak seharusnya dibenarkan berkongsi pesanan kebencian dari penjara,” katanya kepada wartawan di Tuvalu ketika menghadiri sidang puncak serantau.

Ketua Eksekutif Jabatan Pemulihan, Cik Christine Stevenson berkata, surat itu tidak sepatutnya dihantar.

“Saya meminta maaf kerana perkara ini mendatangkan tekanan kepada semua pihak yang terbabit dalam tragedi 15 Mac,” katanya.

Cik Stevenson berkata, kemudahan menghantar emel yang diberikan kepada Tarrant digantung seketika, sementara proses pemeriksaan disemak semula.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan